Saya
berjalan kaki masuk lorong rumah. Tiba-tiba berdesup sebuah basikal melintas.
Mahadir!
“Dir!
Laju nampak!” Saya melaung.
Dia
sempat berpaling dan menjawab, “Bang, aku nak balik rumah. Nak pakai kain
pelikat. Maghrib dah nak masuk, nak ke masjid!”
Mahadir,
pemuda yang akalnya tak sempurna. Tetapi dia mengenal penciptanya, dan setiap
malam berjemaah di Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam.
Di
ketika lain, ada majlis tahlil dan baca Yasin almarhum mantan Imam masjid, yang
diadakan di rumah Imam itu. Salah seorang tetamu yang hadir ialah pemuda
Mahadir. Saya dan Imam 1 sempat mengusiknya. Dia layan saja. Dua pinggan penuh
nasi dimakan.
Tetapi
saya berkata pada Imam 1, “Ustaz, makan kuat tak apa. Namun hari-hari solat di
masjid.”
Imam
1 menjawab, “Ya... time kita ada, dia
ada. Time saya dan tuan tak ada, pun
dia ada. Hebat!”
********************
Setiap
kali ke sana, setiap kali itu juga saya melihat seseorang memimpin si ayahnya
(saya kira). Orang tua si ayah itu berjalannya amat sukar, antara penyebab
ialah kena ujian sakit parkinson. Saban waktu solat belah malam; Maghrib dan
Isyak, dan ketika Subuh. Malah acapkali saya melihat si anak membawa si ayah di
waktu solat Zohor dan Asar.
Keluar
dan masuk kereta, memimpin menjejaki lantai masjid dan sediakan kerusi.
Pada
satu ketika, saya berbual dengan siak masjid Wak Amin. Katanya, “Itu menantu
dia. Setiap kali bawa ayah mertuanya bersolat jemaah, walaupun dia bekerja.
Selalu ulang-alik dari ofis dan masjid.”
Masya-Allah.
Subhanallah!
** INTAI DI BAWAH KARPET.
Foto atas: Testimoni dari satu sesi katering pelancaran dan bedah buku di UKM, Bangi. Boleh hubungi pihak SUMAYYA FOODS & CATERING untuk pertanyaan.
********************
Manuskrip ini sudah 3 tahun siap. Sebelum disiapkan, dua kali saya buat tambahan bab dan panjangkan cerita atas permintaan editor. Namun sayangnya, atas sebab-sebab tertentu di luar kawalan, ia tidak jadi diterbitkan walaupun sudah siap design semuanya (dari sebuah penerbit).
Saya
kecewa dan berkecil hati (pada mulanya) justeru manuskrip ini masih gagal
diterbitkan, walaupun ia dihantar kepada tiga penerbit lain selepasnya.
Alasan-alasan tertentu diberikan, bukan menolak lantaran tidak berkualiti.
Langkah selanjutnya saya tukar judul tiga kali, kini
menjadi DI SEBALIK HIJAB, untuk memberi gambaran lebih jelas kepada jalan
cerita.
Mesej yang saya terima dari salah sebuah penerbit ialah:
"Salam tuan. Dengan dukacitanya kami nak maklumkan buat masa sekarang kami
tak menerima manuskrip genre fiksyen. Kami hanya menerbitkan buku-buku bukan
fiksyen sahaja buat masa ini. Adapun, kami mengalakkan tuan untuk menghantarkan
manuskrip ke penerbitan lain kerana kualiti manuskrip yang dimiliki. Terima
kasih."
Selepas itu saya mahu hantar kepada sebuah penerbit lain,
tetapi ada rakan memberi maklum jangan hantar lantaran sebab yang tidak perlu
saya ceritakan. Alahai!
Walau apapun, saya akan terus menulis perkara yang saya
kira baik untuk dipersembahkan kepada khalayak, insya-Allah.
DI SEBALIK HIJAB,
manifestasi perjuangan demi iman dan kebenaran langit. Boleh dibaca PERCUMA di sini.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment