Pada
hemat saya, hamba Allah yang daif ini... mutakhir ini ramai orang pandai
mencari kesalahan. Benda baik, walaupun sikit, tak langsung dipandang.
Entahlah,
teman... dunia akhir zaman, yang benar-benar ingin berpegang pada deen (jalan
dan kehidupan beragama), menjadi sedikit.
Teman,
kita teruskan jalan dakwah dari sisi masing-masing. Insya-Allah, bukan setakat
kemenangan itu sahaja, bahkan Allah melihat usaha untuk deen ini.
Hidayah
milik Allah, cuma usaha wajib dibuat.
Kita kan
kawan.
Maafkan
saya, sahabat.
** INTAI DI BAWAH KARPET
Foto atas: Masak lemak ikan masin bernanas di sesi katering di Cheras, Kuala Lumpur. Boleh hubungi pihak SUMAYYA FOODS & CATERING untuk pertanyaan.
********************
Bersangka baik pada Tuhan dalam sela-sela doa dan
tawakal, adalah sumber kekuatan kita, kerana Tuhan akan menjawab dengan
hikmah-Nya. Tuhan akan berikan kita apa yang dihajati, selepas fasa usaha, doa,
tawakal, dan bersangka baik dengan-Nya.
Untuk benar-benar berubah, buangkan bentuk pemikiran dan
tanggapan lapuk, dan lengkapkan hidup dengan sikap dan kelakuan baharu yang
baik.
********************
Ulama Ibnu Qayyim berkata, “Hijrah kepada Allah SWT ialah
dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakal, takut, dan mengharap
hanya kepada-Nya. Manakala hijrah kepada Rasulullah SAW ialah dengan mengikuti
syariat yang dibawanya dalam semua aspek, lahir dan batin.”
Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As melaporkan, Nabi Muhammad
SAW bersabda: “Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Salah satu daripadanya ialah
kamu meninggalkan kejahatan, dan kedua kamu berhijrah kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Tidak terputus hijrah selagi taubat
diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat.
Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati
manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.” (Hadis riwayat Ahmad)
** Insya-Allah buku
kompilasi KEMBARA CHAMPION daripada 3 buah buku akan saya terbitkan dan boleh
dibaca PERCUMA melalui www.wattpad.com/user/WebSutera. Terima kasih
atas sokongan untuk tujuan ini.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment