Mengapa Manusia Ingkar?



Acap kali saya bersembang dengan rakan-rakan dan meluahkan pertanyaan kepada khalayak tentang isu yang dibawa melalui seni penulisan dan perfileman Melayu-Islam.

Andai karya kita (baca: Malaysia, Melayu dan Islam) sama sahaja dengan Barat/Hollywood, yang memaparkan doktrin bohong-membongak-keliru-Islam-teroris, maka kita sudah termasuk perangkap adu-domba Barat-Zionis-Dajjal. Apa bezanya?

Alahai!
*******************

Secara ringkas di bawah disenaraikan sebab-sebab manusia mengingkari kebenaran.

i) Bodoh. Ini alasan yang paling banyak.

ii) Mereka berasa tidak sesuai dengan golongan yang memeluk kebenaran, maka seringkali orang-orang yang benar itu (contohnya yang menganut agama Allah) menjadi seteru utama mereka.

iii) Kerana amalan lama bawaan nenek-moyang dan leluhur mereka berupa istiadat serta kebiasaan turun-temurun.

iv) Takut, bimbang dan risau akan berpisah dari suku kaum, disisih oleh sanak-saudara, kerabat, masyarakat ataupun rakan taulan.

v) Risau dan takut hilangnya pangkat, kuasa, kepercayaan, kedudukan mulia, atau mungkin takut hilangnya harta benda yang banyak sebelum itu.

Justeru inilah sebab-sebab utama mengapa kaum Yahudi dan penganut ajaran Nasrani (yang termakan hasutan Yahudi) mengingkari kebenaran perutusan Nabi Muhammad SAW pada era Kenabian di tanah Arab.

Sebab pertama untuk orang-orang biasa, orang awam dan orang bodoh yang tidak mahu menuntut ilmu. Sebab kedua bagi para cerdik pandai atau pendeta Yahudi yang iri hati dan bersifat dengki kepada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Manakala alasan ketiga melibatkan orang-orang awam selama berabad-abad bertaklid buta (mengikut secara buta-buta tanpa soal dan ilmu) kepada ‘ajaran’ para pendeta mereka.

Golongan keempat ialah manusia yang mencintai dunia berlebihan, dan sebab yang kelima ialah dari kalangan pendeta dan pembesar mereka.

** INTAI DI BAWAH KARPET.
********************

DI SEBALIK HIJAB (grafik di atas), manifestasi perjuangan demi iman dan kebenaran langit. Boleh dibaca PERCUMA di sini.
Dan aku rasa ... doktrin yang dimainkan oleh pemerintah Amerika Syarikat akan berpanjangan, seandainya dunia masih lagi dibodohkan mereka, andai dunia Islam masih berada di dalam kepompong negara-bangsa. Paling tidak, agar anak-anak muda Islam mula mengerti bahawa ada agenda besar di sebalik serangan terhadap umat Islam, sama ada dalam bentuk budaya atau militer.
Aku hamba Allah yang daif dan mengharap redha-Nya, Abu Mujeeb.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger