Insya-Allah, ini hadiah dari saya. Dapatkan novel
terlaris saya RAJA KESATRIA pada
harga RM20, dengan percuma postage dan kitab Amalan Orang Soleh (RM6). Sah untuk Semenanjung Malaysia sahaja dan
hanya 50 set.
Kitab
Amalan Orang Soleh
Amalan zikir, wirid, selawat, doa bersandarkan hadis Nabi
SAW, dan amalan ulama. Disertakan nama Syeikh (Guru) yang mengijazahkan setiap
amalan. Sesuai bagi orang awam, pelajar universiti, pondok, tahfiz, Imam,
pendakwah, dan yang mengikuti pengajian bersanad.
Antara amalan: Pemagar Diri, Selawat Ummi, Manzil,
Bimillah 786, Surah pilihan, Pendinding Diri, Keluarga dan Harta Benda, serta
banyak lagi.
>> HUBUNGI SAYA melalui WhatsApp (nombor dalam poster) atau
dm/pm.
Raja Kesatria
Kamu
Alexander, tidak tidur di waktu malam.
Wahai
Raja, mengapa matamu redup dalam bersiaga?
Duhai
Zulqarnain, adakah jiwamu berkelana?
Ke
mana mencari takdir dan meneroka tadbir?
Adakah
ke samudera yang bergelombang?
Menelusuri
cinta yang menghempas pantai?
Medan
diraduk, lautan diseberangi... hutan dan gunung ditawan!
Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran?
Saga
kembara jiwa, fizikal dan iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama.
Merentas waktu dan jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada
dengan gelagak medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin
terus berkelana dalam ramainya manusia. Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan
manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan
kitab.
Maka
dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan
dari belenggu penguasa tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang
pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi
Muhammad SAW. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang
pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia;
Timur dan Barat.
Dengan ilham dari
mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera
membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala. Jejak perjuangan keimanan
dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah
yang layak disembah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment