Imam Ahmad
dan Thabrani meriwayatkan sebuah hadis. Abu Umamah melaporkan yang Rasulullah
SAW berkata, “Segolongan umatku tetap
memegang dan menolong agama, mereka keras kepada musuh. Tidak takut terhadap
orang yang menentangnya dan terhadap apa yang menimpa mereka dari cubaan,
sehingga datang perintah Allah mereka masih tetap berkeadaan begitu.”
“Sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, di manakah
mereka?’
“Baginda menjawab, ‘Di Baitulmaqdis dan di sekitar
Baitulmaqdis.’”
Kisah
ini:
Briged Al-Qassam, Operasi Istiyhhaddiyah. Seorang pejuang Briged Al-Qassam membawa bahan letupan dan meletupkan dirinya dalam sebuah kereta kebal Zionis lantas menghancurkannya di timur As Syijaiyya. Allahu-Akbar!
Lalu
ada seorang hamba Allah memberi komen: “Tetap berdosa. Walau dalam apa keadaan,
kita tidak boleh menzalimi diri kita kerana nyawa adalah pemberian Allah dan
kita patut menjaganya hinggalah Allah sendiri menariknya balik daripada kita.”
Pada
mulanya saya tidak mahu komen lebih-lebih. Tetapi, demi ALLAH! Saya amat
terguris, hati bagaikan tersayat. Demi Allah Taala!
Saya
seorang hamba Allah yang hina-dina, langsung tak sepadan dengan para Mujahid
dan Mujahidah Briged Al-Qassam, Briged Syuhada Al-Aqsa dan para pejuang jihad
yang lain di Palestin. Namun apabila disalahkan tindakan anggota Briged
Al-Qassam di atas, demi Allah, saya terasa.
Keseluruhan
Palestin - termasuk Gaza dan Tebing Barat yang terkepong - adalah tanah milik
Islam, juga milik umat Islam Malaysia. Kita sepatutnya (malah sewajibnya)
bersyukur ke hadrat Allah, dan berterima kasih kepada para pejuang Islam di
sana yang tegar dan berani menggalas tanggungjawab jihad melawan musuh-musuh
Allah itu.
Tanggapan
kurang ilmu ini (maafkan saya) sekali gus menghina sabda Rasulullah SAW yang
membawa maksud, antara lain ialah kutukan
Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya
melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan
kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.
Nyawa
terlalu murah. Mayat bersepah-sepah. Namun kita bangga.. semakin Zionis-Yahudi
mengganas, semakin Briged al-Qassam kian hebat menyerang balas. Masya-Allah.
Dari mana datangnya semangat dan kekuatan saudara-saudara kita di sana? Nah..
dari sabda Baginda!
Mereka
yakin. Mereka percaya!
Saya
teringat kata-kata seorang ulama tempatan, lebih kurang begini: “Andai tak mahu
membantu mengangkat sebuah rumah, jangan pula berpaut di alang rumah susahkan orang
lain untuk mengangkatnya.”
Kata
Ismail Haniyeh: “Kami adalah satu bangsa yang dididik dan ditarbiyah dengan
al-Quran. Apa yang berlaku hanya meningkatkan semangat dan thiqah kami kepada Allah dan kemenangan, dan bukan sebaliknya!”
Pepatah Cina menyebut:
“Manusia yang mampu mengalih gunung adalah mereka yang bermula dengan mengalih
batu kecil secara bertahap.”
** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
********************
Karnival Jualan Pusanika, UKM, Bangi, 21 Nov. 2018 | Terima kasih kepada semua staf, para pelajar, dan pengunjung yang sudi membeli karya-karya saya.
Terima kasih, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor kerana turut singgah berbual, membeli karya saya, dan belanja makan kebab. Didoakan Ustaz sentiasa dilimpahi keberkatan oleh Allah dalam apa jua lapangan yang ditekuni. Aminn ya Rabb.
0 comments:
Post a Comment