Insya-Allah, saya kongsikan. Mohon ingati mereka, para
sahabat kita di Palestin walau dalam situasi apapun. Kita bersaudara sesama
Muslim. Kita kan kawan.
Dalam
novel PERANG ARMAGEDON, di banyak
tempat sama ada secara terang dan nyata atau saya samarkan perihal/plot
berkenaan perang media. Perang doktrin dan saraf ini digunakan secara
besar-besaran oleh Zionis-Yahudi dan geng kuffar. Kita umat Islam memang sedar
atau buat-buat tak nampak atau tutup deria rasa hati.
Ini
juga terjadi kepada serangan umat Islam di Gaza. Media global didoktrin agar
memaparkan bahawa Hamas, Briged Al-Qassam dan kumpulan jihad satu lagi tidak
dapat melawan 'kekuatan' pesawat tempur dan kereta kebal tentera Zionis-Yahudi.
Lantaran marah dan bengang dengan Briged Al-Qassam, tentera pengecut itu
menyerang orang awam Gaza, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Malangnya
ada juga orang Melayu-Islam di Malaysia percaya doktrin puak kuffar yang dilaknat
Allah Taala itu, salah satunya percaya bahawa dalam beberapa perkara tindakan
jihad Briged Al-Qassam 'berdosa'. Juga persis percaya anggota jihad Briged
Al-Qassam bertindak mengikut perasaan dan nafsu.
Walhal,
itu semua hasil termakan racun perang saraf puak-puak Dajjal dan Iblis yang
diketuai oleh negara haram Israel, dan Rumah Putih Amerika Syarikat menjadi
tali barut nombor satu.
Saya
kongsikan beberapa maklumat, mungkin para pembaca sudah tahu. Insya-Allah, ini
dari sumber yang benar, saya baru dapat. Paling utama, mohon buka mata hati
sahabat untuk mentadabbur ayat-ayat al-Quran dan melihat sirah medan jihad
zaman Rasulullah SAW, para Sahabat, daulah Islam di era Sultan Salahuddin
al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh, serta yang lain-lain.
Seperti
yang sahabat tahu, pemilihan anggota Briged Al-Qassam sangat teliti, seperti
yang tersebar dalam internet. Harus diingat selalu, tanamkan kepercayaan kepada
para guru (Masyaikh) Hamas yang sangat teliti dalam hal ini. Masyaikh memilih
mereka, kemudian mentarbiah, mendidik dan membuat ijtihad dalam gerakan jihad
kontemporari.
1) Tentera Israel sangat takut apabila nama Briged
Al-Qassam disebut. Bagi mereka, tentera Palestin ini memiliki kekuatan dari
langit. Kalau disebut, mereka bagaikan ayam yang kesamparan.
2) Dalam banyak kes, tentera Israel sangat hairan.
Walaupun puluhan ribu anggota cuba memasuki wilayah Gaza yang sekangkang kera
itu, mereka tetap gagal membunuh anggota Briged. Apabila mereka berpusing ke
segenap sudut, ada sahaja muncung 'senjata' yang kelihatan menghala ke arah
mereka. Sehinggakan ada tentera panik lalu berkata, “Ini perang apa? Kali ini
sangat berbeza. Di mana sahaja kita menoleh, ada sahaja tentera Al-Qassam!”
3) Rakyat Gaza yakin dengan kekuatan Briged dan amat
percaya dengan bantuan dari Allah Taala. Bagi mereka, adalah menjadi satu
kebanggaan keluarga andai hanya seorang sahaja anak lelaki mereka berada dalam
Briged. Sebab itu, jika si ayah tidak berada dalam Briged, mereka akan menanam
tekad paling tidak pun seorang anak lelaki akan dipilih menjadi tentera jihad
Briged. Justeru itu, seorang Ahli Parlimen wanita Israel berkata, “Kita bunuh
semua perempuan Palestin kerana dari rahim-rahim merekalah lahirnya ular berbisa
yang akan mematuk kita!”
4) Saksi mata tentera Briged Al-Qassam yang melihat akan
janji Allah Maha Benar, bahawa tentera-tentera Allah turun dari langit.
5) Di medan perang, sekiranya platun depan menembak atau
memantau pihak musuh, barisan/platun belakang akan membaca al-Quran. Mereka
akan bertukar-tukar posisi kemudiannya, yakni andai tentera depan tadi perlu
berehat, barisan belakang pula yang maju ke posisi depan. Manakala tentera yang
undur akan membaca al-Quran. Satu ibrah - dada-dada mereka penuh al-Quran.
Itu perkongsian dari saya. Yakinlah, tentera Zionis-Yahudi
akan musnah berantakan akhirnya, petanda sudah muncul. Kalau bukan dalam masa
terdekat, akan tiba juga. Semuanya dalam perancangan Allah Taala kepada pemuda
jihad yang berperang demi agama Allah dan membela darah umat Islam.
Ingat tentera Sultan Muhammad Al-Fateh?
Salah satu peranan kita adalah doa untuk mereka. Saya
terutamanya, yang tidak secalit pun ada memiliki sahsiah anggota Briged
Al-Qassam, hanya menyokong. Paling bangsat pun saya ini, hanya doa yang
dikirimkan. Namun paling tidak pun, saya yakin bahawa doa itu senjata paling
ampuh untuk Mukmin, walaupun saya hamba-Nya yang banyak dosa. Itu juga harapan
umat Palestin dari kita.
“Demi (hamba-hamba-Ku) yang berbaris dengan berderet-deret. (Hamba-hamba-Ku) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya. (Hamba-hamba-Ku) yang membaca kandungan Kitab Suci.” (As-Saffat 37:1-3)
** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
*********************
DARI SAYA | SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai
Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia
menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara
home-based dan berpengalaman lebih 9 tahun.
Nombor untuk dihubungi: 016-220 6876 (Cef Hana). Fokus
kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax),
insya-Allah. Sama ada hidangan bufet atau berbungkus.
Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban,
Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala
Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra,
Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan
sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.
Hubungi untuk pertanyaan & tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876
Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga
kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis
yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu
makanan.
Pihak kami boleh
menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan
syariat Islam.
0 comments:
Post a Comment