Mungkin
bagi sesetengah orang, membaca novel itu remeh dan langsung tidak perlu. Bagi
segelintir orang, ruang sastera di dalam suratkhabar hanyalah sampah yang tidak
perlu dikutip ambil. Bagi geng pendengki, semua karya kreatif sekadar picisan,
bahkan berdosa untuk dibaca.
Dari
beberapa sudut, memang banyak karya kreatif adalah busuk, cemar dan cabul.
Tetapi menghukum semua karya fiksyen sebagai tidak perlu dalam masyarakat adalah
kebodohan dan ketololan.
Maaf
cakap!
Sekiranya tiada karya kreatif yang mengajak menjadi baik, yang
menggugah jiwa, yang mengisi ruang naluri untuk mencintai keindahan dan yang
mahu belajar tapi malas baca kitab tebal, apa lagi bahan untuk menangkis dakyah
budaya Iblis dan Dajjal yang dibawa oleh geng kuffar? Sedangkan mereka (baca:
musuh Islam) terus-menerus menanam budaya pemikiran jahat, menghina kejadian
mulia manusia, kelak akan menjadi teman-teman syaitan di neraka.
Jadi
sumbangan ulama dan cerdik pandai Islam dalam menulis karya kreatif dan sastera
adalah sia-sia, menjadi satu dosa?
** INTAI DI BAWAH KARPET.
********************
Apakah NAKHODA AGUNG? | NAKHODA AGUNG ialah sebuah novel
atau karya fiksyen adaptasi sejarah di era Nabi Nuh. Karya ini muncul di
persada perbukuan setelah saya dipelawa menulis oleh penerbit. Sebelum ia
diterbitkan, banyak pusingan perbincangan dan suntingan dibuat.
Saya tahu, ramai yang tidak menyedari wujudnya novel ini.
Entah mengapa, karya ini juga persis suam-suam kuku menjadi suram kemudiannya.
Saya percaya, bahkan amat percaya, bahawa bukan disebabkan oleh tidak
menariknya konten yang dipersembahkan. Mungkin
bersebab lain yang tidak terjangkau oleh akal.
Ia sebuah novel yang saya usahakan lantaran menyahut
undangan penerbit dan ingin mencabar diri. Bahkan saya selalu menyebut, bahawa
saya mencari kelainan dalam menulis cerita. Bahawa cerita ini ialah dari WEB
SUTERA, yang menekankan ibrah (pengajaran) dalam penceritaan, walaupun ia
mungkin dalam cerita seram (contohnya).
Untuk NAKHODA AGUNG, salah satu metod yang digunakan
ialah monolog. Monolog inilah juga boleh diambil sebagai 'apa yang saya fahami
berdasarkan kajian' dan 'apa yang mahu saya sampaikan' kepada khalayak pembaca.
Justeru percaya ia benda baik, maka saya terbitkan secara
PERCUMA di laman Wattpad. Tuan dan cikpuan boleh membacanya di sini: https://www.wattpad.com/story/92050398-nakhoda-agung.
Benarlah ia bukan keseluruhan novel, tetapi setidaknya ia cerminan kepada apa
yang terkandung dalam naskhah istimewa ini.
** Andai mahu membelinya, insya-Allah saya ada stok yang
terhad. Juga ada kombo bersama novel RAJA KESATRIA dan antologi CLEAR. Boleh
pilih mana yang disukai. Tak mahu beli pun tak apa. Tetapi bacalah dulu.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment