Izinkan aku bercerita perihal satu menu.
Yee
sang atau lou sang adalah menu istimewa untuk Tahun Baharu Cina. Sejak tahun
2011, pihak aku mula menerima pertanyaan bagi sediaan menu yee sang halal
mengikut prosedur Islam. Justeru Cef Hana mengambil inisiatif untuk belajar
sajian khas ini.
Versi
atau kandungan yee sang atau lou sang ini banyak, mengikut kreativiti seseorang
tukang masak atau cef yang menyediakannya.
Ketika
satu sesi katering Tahun Baharu Cina 2013, seorang tetamu bertanya kepada
sahabatnya, lebih kurang begini, “Kandungan sayur ini adakah?” Beliau menunjuk
jenis sayur tersebut.
Rakannya
itu menjawab, “Tidak kisah. Janji ia sayur. Ikut kreativiti masing-masing.”
Lantas aku memberi sedikit penerangan. Dia orang mengangguk tanda faham.
Dari
info yang Mat Katerer peroleh, sajian ini dikatakan berasal dari negara China.
Namun versi kontemporari dihasilkan dan dipopularkan pada era 1960-an di
kalangan komuniti bangsa Cina di beberapa tempat. Paling menarik ialah hari
perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia, Indonesia dan Singapura sering dikaitkan
dengan menu istimewa ini.
Sepanjang
pengalaman Mat Katerer, pihak syarikat dan komuniti bangsa Cina di Kuala Lumpur
dan Selangor tidak sah sekiranya sajian ini tidak disediakan di majlis sambutan
Tahun Baharu Cina. Ia sebagai simbolik kemakmuran, justeru sajian ini juga
disebut sebagai yee sang salmon kemakmuran (prosperity salmon yee sang).
Yusheng,
yee sang atau lou sang atau memantulkan kemakmuran, adalah salad ikan mentah
gaya Teochew. Ia biasanya terdiri daripada beberapa kepingan/cebisan ikan
mentah (paling biasa salmon). Antara bahan-bahan lain, ia dicampur dengan
sayur-sayuran yang dicincang dan pelbagai sos dan perasa.
Ikan
mentah hancir, bukan? Guna perahan air limau nipis atau lemonlah! Atau buat
inovasi dengan merebus dahulu ikan itu.
Tim
Mat Katerer berbangga dengan pesanan saban tahun, sejak 2011, terhadap sajian
istimewa kaum Cina ini. Kami belajar dan mahu terus belajar, justeru makanan
yang pelbagai ini adalah anugerah Allah untuk umat manusia.
********************
SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai
Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia
menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara
home-based dan berpengalaman lebih 9 tahun.
Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan
sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah.
Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban,
Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala
Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra,
Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan
sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.
Hubungi untuk pertanyaan dan tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876. Atau e-mel Raikan.Citarasa@gmail.com.
Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga
kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis
yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu
makanan.
Pihak kami boleh
menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan
syariat Islam.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment