Selama
dua hari saya berada di ruang legar dalaman Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai
Baru, Kuala Lumpur untuk program Temasya Masjid Ar-Rahman (TAMAR). Mulanya,
pada hari pertama 23 Mei, saya ke ruang parkir di bahagian belakang masjid
ingin buka meja dan bonet kereta untuk jualan buku-buku. Usya punya usya,
alih-alih semua yang membuat jualan di situ balik sebelum jam 3.00 petang. Sebabnya
ialah tiada orang pergi ke situ kerana, pada hemat
saya, ruang langsung tak strategik. Jadi saya pun membawa buku-buku ke bahagian
dalaman masjid.
Peluang
menjual buku/novel di ruang legar dalaman masjid berbaloi dari banyak sudut.
Berkongsi ruang niaga penerbit Galeri Ilmu, saya bertemu, bersembang, menjual
dan autograf buku-buku yang sahabat pembaca beli. Juga peluang mempromosi diri
yang bersedia berkongsi cerita dan pengalaman di sesi motivasi dan acara buku.
Alhamdulillah.
Masya-Allah! Di hari pertama juga, saya menerima kunjungan seorang sahabat
Cina, Devlender Yeoh. Dia membeli tiga buah novel ibrah sejarah terbitan Galeri
Ilmu, dan saya hadiahkan novel keempat bersama Must Read - Nakhoda Agung (kisah bahtera Nabi Nuh dan melapetaka besar di waktu
itu). Dia berkata, “Tuan, ini kali ketiga saya masuk masjid.”
Pada
mulanya saya tak perasan semasa dia menegur di ruang parkir belakang masjid.
Allahu-Allah! Dia kenakan pakaian sangat sopan. Kemudian bualan kami panjang,
lebih satu jam.
Saya
bercerita lagi di luar masjid bersama Devlender Yeoh. Berkongsi kisah dan
kefahaman akan makna Tuhan dan alam. Bersembang pasal iman dan amal, tentang
kesepaduan Malaysia, pasal kita semua ini berasal dari sepasang manusia bernama
Adam dan Hawa.
Saya
tebarkan kesamaan insan, dan mengapa Allah mencipta manusia berbagai bangsa dan
bahasa. Kita dilahirkan untuk berkawan, bukannya berperang mengangkat senjata
tanpa alasan yang sah.
Buat
apa gaduh-gaduh. Bikin apa semaikan sentimen sempit perkauman? Malaysia hanya
satu, bro!
** INTAI DI BAWAH KARPET.
********************
RAJA KESATRIA | Saya rasa cukup ayat-ayat dalam poster ini sebagai pengenalan, kepada yang belum memilikinya lagi. Sebuah thriller-sejarah di sebalik pembacaan dan kajian. Bukan alang-alang insya-Allah.
Sudilah untuk hubungi saya melalui mesej peribadi (pm/dm) Facebook, IG, atau Twitter (WebSutera), atau WhatsApp/Telegram. Harga RM25 termasuk postage. Kos yang selebihnya saya belanja.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment