ERATKAN UKHUWAH MELALUI BISNES DAN BUKU


Sepanjang bisnes katering yang memasuki sembilan tahun ini, pihak Mat Katerer menerima sokongan dari banyak pihak. Bagi servis kanopi, kerusi meja dan pramusaji, aku banyak kali bekerjasama dengan Accer Event & Canopy dan Azlan Canopy.

Hubungan bisnes sungguh erat. Tuan punya Accer Event, Tuan Jazse Mohamed pernah berkata kepadaku, “Abang buat katering, saya buat kanopi. Kita kongsi sama-sama rezeki. Jangan tamak.”

Di suatu ketika, di Kolej PTPL Shah Alam, tim Mat Katerer ada projek di sana. Bila tengok cop kerusi, hah Accer punya! Sebaik nampak kelibat Jazse Mohamed sewaktu kami sedang memunggah barang masuk ke dalam lori, aku berteriak, “Tidak ada orang lainkah?”

Tuan Jazse menjawab sambil tersenyum, “Pusing-pusing kita juga, bang!”
********************

Dalam satu majlis perkahwinan, Mat Kateter dan Cef Hana membantu rakan di gerai BBQ kambing sebanyak lapan ekor. Sajian lain ialah coleslaw, kentang lenyet, jagung bakar, roti bayang putih (garlic bread) dan sup cendawan . Tetamu sekitar 1,000 orang.

Apa yang terjadi? Gerai BBQ kambing kena serbu! Langsai sajian itu, barulah mereka ke gerai nasi beriani. Hasilnya, nasi tidak habis.

Kalau ada kambing bakar / BBQ, memang kambing dahulu kena serbu.
********************

Satu peristiwa untuk kau orang renungkan.

Tarikh 21 Februari 2013 Kuala Lumpur dan Selangor dianugerah oleh Allah dengan hujan lebat. Tunggu pramusaji di suatu lokasi. Tiada. Dia tunggu di tempat lain, aku teruskan pemanduan. Jalan sesak teruk.

Tiba di Subang Jaya, cari lokasi premis bisnes klien, hujan masih lebat. Berpusing lima kali dalam lorong-lorong sempit dan sesak. Aku sedikit panik. Akhirnya, "Allahumma yassir wala tu`assir ya Kareem", yang menjadi tasbih sepanjang perjalanan menjadikan semua kemungkinan tidak baik sirna.

Allahu-Akbar! Terima kasih, sahabat Zonan Villa kerana mengingatkan aku.

** AKU NEKAD BUKAN BELASAH, Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Perlukan khidmat katering murah, sederhana, dan berbaloi? Insya-Allah, pihak SumayyaFoods & Catering bersedia memenuhi sajian tuan/cikpuan, dari 40 pax - 500 pax.

Boleh hubungi Cef Hana @ WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876. Atau e-mel Raikan.Citarasa@gmail.com.
****************


ZINE WEB SUTERA | Pra-tempah (pre-order) sebuah zine yang mengandungi 3 cerpen seram-mistik WEB SUTERA. Judul-judulnya:

i) Roh Yang Terperangkap;
ii) Segel Puaka;
iii) Kandang Nenek.

140 muka surat, saiz 128mm X 182mm. Harga RM13 + postage RM2. Total RM15 sahaja.

Boleh hubungi saya melalui saluran komunikasi tertera dalam poster. Sudikan untuk menyokong. Saya tak jamin harga akan kekal selepas tempoh pra-tempah ini. Jadi sesiapa yang berminat, sayugia hubungi saya pada kadar SEGERA!

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger