Islam
menganjurkan kita saling mengingati sesama rakan dan sahabat. Dalam kes ini,
saya sering memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa darjah iman kita ada
kalanya turun, dan alhamdulillah ada ketikanya naik. Sebab itu ilmu adalah
penting. Sebab itu cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad
(Sallallahhu’alaiwasallam), adalah menjadi wajib kepada setiap individu muslim.
Kerana dengan cinta ini, walau kadang-kadang kita lalai dan leka dengan fitnah
dunia, insan terpimpin akan tetap kembali ke
pangkuan kebenaran.
Membaca
buku-buku yang baik merupakan salah satu cara untuk menyedarkan kita. Buku yang
dihasilkan oleh para guru dan penulis yang berniat untuk menyampaikan ilmu
boleh menjadi wadah pertama dan juga mungkin wadah terbaik dalam perihal
menjaga iman seseorang.
Namun
ada pihak yang mengatakan bahawa jangan berguru dengan buku semata-mata. Saya
bersetuju. Sebab itu, kita harus mendidik diri mencari ilmu. Sebab itu
pelajaran di peringkat rendah amat penting sebagai asas pendinding diri.
Pastinya rumah menjadi paksi utama dalam hal ini. Di sini peranan ibu-bapa
menjadi faktor kritikal.
Ambil
analogi kita mengaji al-Quran. Pada peringkat permulaan sampai khatam, kita
berguru dengan orang tua sendiri atau ustaz. Tahu nahu, tanda bacaan, dan hukum
tajwid. Selepas itu kita perlu terus amalkan pembacaan kitab agung ini. Masa
beredar, kita baca kupasan isi al-Quran pula. Dari mana? Pastinya buku-buku,
sama ada buku berorientasikan agama mahupun novel/fiksyen yang baik.
*******************
Untuk
aku dan kamu yang dikasihi, ini pesan dari Murabbi:
“Pada masa Islam dimuliakan, kita dengan Islam. Pada masa Islam dihina dan ditindas, kita bersama dengan Islam juga. Inilah mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.” -- Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi bin Awang hafizahullah
PRA-TEMPAH
ZINE SERAM-MISTIK | Zine himpunan cerpen seram-mistik Web Sutera sedang
dicetak. Selepas Tahun Baharu Cina 2019 akan diposkan kepada kumpulan pertama
yang sudah bayar insya-Allah. Terima kasih kerana sudi memesan.
Pra-tempah
masih dibuka untuk penggemar cerpen seram/mistik/dark. Para pembaca yang biasa
dengan karya saya, mohon beli. BERBALOI insya-Allah.
Pm/dm/WhatsApp
saya SEGERA!
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment