Fallen angels, kata orang Barat dan ianya tercatat
dalam banyak bahagian Old Testament, New Testament dan Talmud. Kisahnya amat
panjang, sebermula dari hasad dengki dan keangkuhan Azazil yang tersumpah
laknat oleh Allah Azza wa Jalla di alam kayangan. Lalu ia membuar dendam
berdarah sekian lama.
Sekumpulan
fallen angels mahu merobek dan
meratah nurani serta keberadaan bangsa manusia dan jin di alam raya, khususnya
planet Bumi. Justeru pelan dalam Ultimate
Prophecy digiatkan bagi matlamat Armagedon. Namun dalam masa yang sama,
pelan dan onar dari alam kegelapan itu disedari oleh sekumpulan jin Islam dan
manusia yang mencari kebenaran kejadian makhluk. Lalu tipu daya bersalut hijab
kehitaman digalang dengan tipu daya juga oleh makhluk-makhluk Islam yang tidak
mahu melihat pelan Ultimate Prophecy menjadi
kenyataan.
Kata
Rasul, peperangan itu tipu daya. Maka berasas kepada sabda Rasul itu, makhluk
beriman pada Yang Maha Esa berkerjasama untuk kebaikan dan keseimbangan jagat
raya. The Great War, The Final Battle, pertempuran besar dan
penguasaan banyak wilayah muka bumi menjadi matlamat gerembolan fallen angels.
Kisah
alam yang sarat ancaman, pembunuhan, kongkalikong, pengkhianatan, pembohongan
dan kekejaman. Lucifer berazam akan menyimbah darah yang melata! Geng fallen angels yang diketuai oleh Lucifer
dan Eye One mengatur strategi. Walhal makhluk baik turut mengatur strategi
balas.
Watak-watak
Lucifer
– Ketua dunia kegelapan. Perwakilan Iblis.
Eye-One
– Dajjal, makhluk kedua yang menjadi sekongkol Lucifer.
Satanael
- Ketua Majlis Hitam alam kegelapan.
Adremelech
– Wakil utama kerajaan Lucifer di dunia manusia.
Vlad Drakul yang sentiasa hauskan
darah. Ketua legion vampire.
Moloch
- Komander tentera elit Lucifer.
Dr.
Hizam Al-Fateh – Pemuda Melayu sebagai hero utama. Pandai ilmu silat dan jin.
Profesor
Dr. Adnan Gul – Orang Turki yang pandai ilmu arkeologi dan dunia syaitan.
Albert
Lambert – Bilionir yang menyokong Islam.
Dr.
Chris Cohen – Pengkaji kitab-kitab lama. Anak murid Prof. Dr. Adnan Gul.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment