Assalamualaikum. Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga
kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah Taala Yang Maha Pengasih.
Aku mesti berfikir sebagai juara untuk setiap sesi
katering. Setelah lima tahun aku menceburi bidang niaga ini, setiap tahun
berikutnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina,
talian telefon utama menjadi 'panas'. Di masa ini terutamanya, aku dan Cef Hana
akan membahagi tugas, justeru dalam masa yang sama aku perlu menulis.
Cef Hana akan berbincang dengan kustomer yang inginkan
servis katering, dan memberi khidmat nasihat atas keperluan sajian dan
lain-lain perkara berkaitan. Manakala aku akan menaip
sebut harga, e-melkan dan seterusnya sediakan invois.
Mat Katerer dan cef akan berbincang agar servis katering
menepati citarasa kustomer. Tugas lain juga merangkumi servis sampingan yang
tidak kurang mustahak, seperti kanopi, kerusi meja, pramusaji dan peralatan
khusus.
Selain daripada itu, aku juga akan kemaskini blog dengan
cerita, memilih dan menyunting foto, dan hostkan dalam web hosting. Pembahagian tugas amat penting.
Untuk apa
mimpikan bulan andai mentol yang tergantung di syiling itu pun kita masih
perlukan tangga untuk mencapainya.
Kata bijak pandai, “Hidup
tanpa tindakan adalah mati, tetapi hidup tanpa berfikir adalah mati sebelum
bertindak.”
Justeru
aku terus berfikir dan merancang sebelum bertindak. Okey, aku membebel, bukan?
>> CATATAN PENGALAMAN MAT KATERER INI BOLEH DIBACA PERCUMA DI SINI.
*****************
SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering. BLOGNYA DI SINI) yang berada
di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan
katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman
lebih 9 tahun.
Fokus
kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 500 pax),
insya-Allah.
Sedia
menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremba,n, Senawang, Pajam, Lengeng,
Nilai, dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang,
Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil,
KLIA, Salak Tinggi, Cheras, Ampang dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah
secara home-based.
Hubungi
untuk pertanyaan dan tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876.
Atau e-mel Raikan.Citarasa@gmail.com.
Kini
kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan
dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan.
Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.
Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan
Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment