Assalamualaikum,
tuan dan cikpuan budiman. Subhanallah, Alhamdulillah, LailahaillAllah,
Allahu-Akbar, Lahawlawala Quwwatailla billah ilaliyyilazim. Semoga Malaysia
lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Andai tidak, kita terus berusaha agar
negara berada dalam suasana kondusif dalam meraih redha Allah Taala.
Terima
kasih khas untuk para pembeli zine swaterbit pertama saya; kisah seram-mistik
ROH PUAKA KANDANG. Sokongan yang diberikan mengujakan kerana sudah dua tahun
saya tiada karya solo yang dibukukan. Untuk makluman, saya masih membuka
tawaran RM15 termasuk postage untuk belian zine itu. Stok SANGAT TERHAD. Namun
insya-Allah, andai permintaan banyak, saya akan mencetak semula zine ini dengan
sedikit perubahan. Mohon terus menyokong karya-karya swaterbit saya, kerana
masih ada manuskrip yang bakal menyusul.
Dalam
pada itu, apa dia TADBIR & TAKDIR ILAHI dan DIARI MAT KATERER? Ia adalah
catatan hidup dan pengalaman sebenar. Yang pertama dari catatan asal almarhumah
Bonda saya, Hajjah Mek Yah bt. Haji Mat Amin. Manakala yang kedua ialah
pengalaman saya melestarikan dunia bisnes katering selama ini.
Kedua-dua
catatan ini saya terbitkan dalam platform Wattpad - https://www.wattpad.com/user/Websutera. Kepada kawan-kawan
yang belum tahu, karya-karya ini boleh dibaca PERCUMA di Wattpad ini. Justeru
sebagai hadiah untuk para pembaca, karya-karya ini akan diswaterbit dalam
bentuk e-book, pada ketika yang sesuai. Saya akan tawarkan kepada pembeli pakej
istimewa karya-karya saya nanti.
Sementara
itu, sudilah baca TADBIR & TAKDIR ILAHI dan DIARI MAT KATERER di Wattpad
dahulu. Sekiranya bacaan rancak dan banyak komen, saya akan lebih kerap mengemaskini.
Di sini
juga, mohon respons andai tuan dan cikpuan berminat untuk dapatkan e-book
percuma ini nanti. Juga hubungi saya untuk dapatkan zine yang baru saja
diposkan ke seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Brunei semalam dan hari ini (Jumaat
dan Sabtu, 8 – 9 Feb. 2019).
**
Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
** Dare to be different!
0 comments:
Post a Comment