MENUJU MALAYSIA YANG MEMBACA (2)


Kata bijak pandai: “Awaslah kalian terhadap hasad dengki dan iri hati. Sebab hasad itu dosa pertama di langit dan juga yang pertama terjadi di bumi. Iblis ketika diperintah sujud kepada Adam, justeru iri hati sehingga dia menolak dan membantah arahan Allah itu. Manakala Qabil membunuh Habil kerana iri hati kerana korbannya tidak diterima Allah Taala.”
********************


Cukup sudah saya menunggu. Jadinya, insya-Allah, dengan tekad untuk mempersembahkan kepada para pembaca, maka saya putuskan akan swaterbit naskhah novel ini – DI SEBALIK HIJAB.

Sudah berbincang dengan rakan-rakan yang prihatin, manuskrip 60,000 patah perkataan ini akan diterbtikan secara POD dan pra-tempah. Justeru minta jasa baik kawan-kawan dan para pembaca karya saya, agar dapat memberi respons kepada pengumuman pertama ini. Insya-Allah harga runcit novel ini tidak lebih RM25.00 (Sem. Malaysia) dan RM28.00 (Sabah & Sarawak), tidak termasuk kos postage.

Sanggup dan sudi? Mohon respons. Boleh baca dulu di sini.
*******************


Ada orang tanya aku fasal penerbitan zine. Dah di pm-nya aku waktu tengah malam, sedang aku dok godek-godek design kulit zine #3. Walah!

Aku melihat zine pada era rock/metal 80-an dulu. Kini ia bangkit kembali dari RIP. Pada banyak acara zine/multimedia/indie yang aku ikut, aku melihat konten kreatif dalam zine ialah certot, cerpen, puisi, kritikan, grafik, conteng-conteng, juga ayat-ayat rebel. Pelbagai bentuk dan saiz zine ini; dari jenis berlipat sahaja sehingga jahit tangan, seperti yang diusahakan oleh Tuan Hafiz Latiff dari LEGASI OAKHEART. Langka wei!

Yang aku usahakan ialah staple saja. Alhamdulilah... masih hangat sambutannya!

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger