Hidup
di dunia ini persis lakonan yang dilakar oleh setiap individu. Ada kala ia berbaloi,
mungkin ikut persepsi sendiri. Namun hanya keimanan ke hadrat Allah Taala dan
amal baik dalam menjaga had-had Allah bakal menjadi imbalan pemberat di
Mahkamah Agung. Namun banyak kala oleh majoriti pelakonnya, ia memetik petaka
dalam menuju jurang dalam, secara sedar atau tidak.
Paling
celaka ialah manusia-manusia yang bertopeng syaitan, tanpa sedar atau memang
disengajakan. Atau boleh jadi golongan munafik yang amat sukar untuk ditelah.
Maka sewajarnya kita mengerti akan musuh-musuh setiap daripada kita umat Islam.
Musuh-musuh itu seperti berikut:
(i)
Syaitan dan Iblis.
(ii)
Barisan musuh Islam daripada anutan kafir yang bersatu untuk menghancurkan Islam.
(iii)
Orang Munafik.
(iv)
Hawa nafsu sendiri yang sentiasa menyeru kepada kemungkaran, andai tidak
dibajai dengan iman.
** INTAI DI BAWAH KARPET. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA
********************
SAYA PENULIS | Karya pertama saya dalam genre
thriller-mistik dan seram-mistik berjudul KONSPIRASI MAHARAJA, yang bermula
sebagai bab-bab online. Justeru sambutan online yang menggalakkan, maka ia
diterbitkan menjadi buku.
Kemudian cubaan kedua saya untuk seram-mistik melalui
karya SUHUF DASAWARSA yang diterbitkan dalam naskhah novelet SAKA, bersama dua
orang penulis lain. Insya-Allah karya ini akan dikembangkan menjadi novel solo
tahun ini.
Kedua-dua novel itu diterbitkan oleh sebuah rumah penerbitan. Alhamdulillah sambutan agak hangat,
walaupun saya (mungkin) lebih dikenali sebagai novelis ibrah sejarah (fiksyen
sejarah).
Mutakhir seperti dalam poster ini, sebuah zine yang saya
terbit sendiri. Justeru pra-tempah (pre-order) zine yang mengandungi 3 cerpen
seram-mistik WEB SUTERA dibuka untuk tempoh maksimum 2 minggu. Judul-judulnya:
i) Roh Yang Terperangkap;
ii) Segel Puaka;
iii) Kandang Nenek.
Zine ini 140 muka surat, saiz 128mm x 182mm. Harga RM13 + postage
RM2. Total RM15 sahaja. Boleh hubungi saya
melalui saluran komunikasi tertera dalam poster.
Naskhah ROH PUAKA KANDANG ini
tidak dijual di kedai-kedai, setakat ini. Jualan hanya terus dari saya.
0 comments:
Post a Comment