Masya-Allah, tabarokallah! Tak sabar untuk saya kongsikan kitab terbaharu dan menarik ini - Yakinlah! Allah Sentiasa Ada Bersamamu (Syarah Kitab Al-Yaqin). Saya sedang menelaahnya.

Saya jual 2 kitab bersanad ini + ebook PERCUMA!
***********

“Krisis terbesar umat Islam adalah krisis KEYAKINAN. Ia merebak ke seluruh pelusuk dunia. Krisis ini menatijahkan hilangnya jati diri sebagai Muslim, hilang rasa izzah dalam diri, malu mengaku sebagai Muslim, segan mengemukakan Islam sebagai penyelesaian dan tidak yakin Islam memimpin.

“Akhirnya, umat Islam tercari-cari dan meraba-raba dalam kegelapan mencari cahaya kehidupan. Apa yang disuluh, itulah yang diikuti. Tertipu dengan cahaya. Hidup seumpama mengejar fatamorgana. Penat dan sangat meletihkan. Natijahnya adalah kehinaan dan kegagalan. Seumpama buih di lautan. Tiada nilai. Tiada harga.

“Semuanya berpunca daripada hilangnya KEYAKINAN dalam diri. Alhamdulillah, saya syorkan untuk membaca KITAB AL-YAQIN karya asal oleh Imam Ibn Abi al-Dunya. Kini diterjemahkan dan disyarahkan oleh al-Fadhil Ustaz Adzhar Ibrahim.”
-- Ulasan Ustaz Solah Razak

************ 

Amalan Orang Soleh

Amalan (zikir, wirid, selawat, doa) bersandarkan hadis Nabi SAW, dan amalan ulama. Disertakan nama Syeikh (Guru) yang mengijazahkan setiap amalan.

Pengijzahan kitab kepada setiap pembeli.

Antara amalan: Pemagar Diri, Selawat Ummi, Manzil, Bimillah 786, Surah pilihan, Pendinding Diri, Keluarga dan Harta Benda, serta banyak lagi. Sesuai bagi orang awam, pelajar universiti, pondok, tahfiz, Imam, pendakwah, dan yang mengikuti pengajian bersanad.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA. Hubungi saya melalui saluran komunikasi tertera, atau tinggalkan jejak di posting ini.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger