Selain menjadi penulis sepenuh masa, saya juga mengusahakan bisnes katering skala kecil dan sederhana. Jadinya... banyak posting blog saya mutakhir ini menjurus kepada katering dan dunia penulisan/perbukuan.
Semoga para pembaca boleh menyokong saya, mana yang disukai dan digemari. Insya-Allah ia berbaloi dengan nilai.
----------------------------
Semasa
pengeposan kumpulan pertama pembeli zine seram-mistik ROH PUAKA KANDANG, ada
yang bertanya stok novel-novel lain. Terima kasih kepada orang Lancang, Pahang
(antaranya) yang mahu pakej bersama novel lain.
Jadi
menyahut permintaan itu, maka dipakejkan dengan novelet SAKA, yang laku keras
di setiap kali saya menjual di sekolah menengah atau kolej/universiti. Untuk
makluman, SAKA ini ditulis oleh tiga novelis; Dato' Dr. Azizon Othman, Nur
Cahaya, dan saya.
Stok
SAKA dalam simpanan saya ada kurang 10 naskhah. Jadi pakej ini stok SANGAT
TERHAD. Siapa dahulu dia dapat. Di sini saya kongsikan sedikit sedutan karya
saya dalam SAKA itu; judulnya SUHUF DASAWARSA.
---------------------
---------------------
Alih-alih
lengan kanannya terasa pedih. Bahunya juga. Dia terkejut dan segera melompat ke
arah kiri. Kejutan kedua, terasa pehanya dihiris sesuatu yang tajam. Kain
seluarnya terkoyak. Syakir berlari ke ruang kosong berumput melepasi batu-batu
beberapa meter dari kolam air. Dia terjelepuk ke tanah. Tangannya dapat merasai
tanah. Lembab.
Pedih
terasa di tangan dan peha. Mual pula menjengah. Dalam situasi itu, dia merasa
lengan kiri pula dihiris. Ada darah mengalir.
Syakir
mengerang kesakitan. Dalam masa yang sama, dia cuba bertahan agar tidak
pengsan. Sesuatu yang menjengkelkan terlihat melalui matanya yang sedikit
terbuka. Nun di atas pepohonan dan bangunan, ratusan ribu atau mungkin jutaan
daun pokok berdesir. Kemudian bunyi terkekek-kekek ribuan makhluk yang tidak
dapat dibayangkan.
Dia
membuntang mata luas-luas agar cahaya dapat masuk dan penglihatannya mudah. Ya,
dia yakin ada makhluk yang mengintai. Haiwan mengekek? Mindanya saling
bertingkah antara keperitan luka dan rasa takut yang mulai menyelinap ke
seluruh tubuh.
Haiwan
yang tergantung-gantung. Bersayap? Bermata merah?
Tidak
semena-mena, Syakir dapat merasai hembusan angin. Ada benda yang berjalan ke
arahnya dari arah kanan. Mata merah besar. Lidah terjelir berwarna kuning. Dia
pasti itu daripada sinaran cahaya rembulan. Semakin hampir.
Manakala
kumpulan makhluk hitam di atas pokok dan bangunan semakin bising mengekek. Aura
kehitaman menuruni ke arahnya. Ribuan, dengan taring-taring kekuningan. Bunyi
kepakan sayap bergema.
Syakir
menjerit. Dunianya gelap gelita.
** HANYA
RM40 (postage RM1 SAJA!!). Lekas hubungi saya!
**************
SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering. BLOGNYA DI
SINI) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima
pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan
berpengalaman lebih 9 tahun.
Fokus
kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 500 pax),
insya-Allah.
Sedia
menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng,
Nilai, dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi
Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang,
Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, Ampang dan kawasan sekitar. Operasi kami
adalah secara home-based.
Hubungi
untuk pertanyaan dan tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876. Atau
e-mel Raikan.Citarasa@gmail.com. Blog katering DI SINI.
Kini
kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan
dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan.
Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.
Pihak
kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian
dengan syariat Islam.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment