Alhamdulillah. Pagi ini selesai menghantar beberapa pesanan
ebuku DIARI MAT KATERER melalui e-mel kepada para pembeli/pembaca.
Dalam pada itu, buku antologi CLEAR ini memang hangat dan
diterima ramai insya-Allah. Salah satu berita mutakhir ialah seperti dicatatkan
oleh Puan Nadhirah Muhamad
Arib:
"Alhamdulilah, semester ini Dr. Rosmawati
Mohamad Rasit menjadikan buku CLEAR sebagai buku teks untuk
sesi pengajaran subjek Penerbitan Dakwah Media Cetak di bawah modul Komunikasi
Islam. Subhanallah, tabarakallah. Buku ini
dijadikan rujukan pada para pelajar untuk menghasilkan penulisan kreatif. Ya,
mereka akan didedahkan tentang penulisan dakwah santai.
“Saya berpendapat, sebagai seorang pendakwah kita perlu
menyediakan diri dengan kemahiran menulis untuk berhadapan dengan masyarakat. Ya,
jika kita tidak ada kekuatan untuk berbicara gunakan kekuatan tulisan untuk
sebarkan kebaikan. Ceritanya, buatlah apa sahaja demi dakwah! Tahniah kepada
Bonda Nor kerana
telah menyunting 24 karya ini dan membimbing 23 orang penulis untuk
menghasilkan buku CLEAR.”
Masya-Allah, tabarokallah! Dan khas dari saya pula, setiap
pembeli CLEAR terus dari saya akan menerima sebuah ebuku DIARI MAT KATERER
secara PERCUMA! Ebuku ini setebal 166 muka surat (saiz A5), lebih 20,000 patah
perkataan.
Lekas hubungi saya kepada yang mahu mencicip setiap catatan
dalam CLEAR. Harga RM25 (termasuk postage) dan ebuku PERCUMA bernilai RM15.
Insya-Allah berbaloi-baloi!
***********
DIARI MAT KATERER | Catatan sisi dari hamba Allah yang daif dan sentiasa berharap
naungan-Nya.
Dahulu, lebih kurang 8 tahun lalu, pada banyak ketika aku
bertanya pada diri sendiri, “Apa aku mahu buat esok? Kerja pejabat yang mana
belum aku bereskan? Bos aku okeykah esok, tak meroyan lagi?”
Malam, siang, subuh ... ia menganggu fikiran aku. Hanya Allah
sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana aku mengeluh, berfikir, dan mentaakul
adakah aku patut berhenti kerja makan gaji.
Ingatan, ujian, tazkirah dan kasih sayang Allah.
Kini ... sejak hampir 5 tahun kemudian, aku di sini, di dunia
penulisan di samping bisnes katering bersama isteri tersayang. Insya-Allah, aku
tenang dalam berusaha meraih rezeki dari Allah – untuk aku, untuk isteri dan
untuk anak-anak amanah-Nya.
Bukan! Bukan aku kata bekerja sendiri itu terbaik untuk
setiap orang. Ada yang selesa dan cemerlang berkerjaya di pejabat, ada yang
cemerlang dalam bisnes. Rezeki, nasib dan takdir Allah terbaik untuk
setiap hamba-Nya. Apa yang berbeza, mungkin, ialah bagaimana kita (dan aku)
memahami perkara itu.
Kini ... idea itu. Ya, idea dan ilham itu.
Isteri yang prihatin sering bertanya, “Abang sedang tulis buku
apa sekarang?”, “Abang buat novel apa lagi?”, “Abang! Tulislah buku lagi!”
Andai lidah terbelit bicara
Maafkan hamba, wahai buana;
Tersasul kata tiada bermakna
Sekadar ilham dari Yang Esa.
SEBERMULA ...
**
Dipetik dari ebuku DIARI MAT KATERER, eISBN 978-967-16922-0-2. Akan dijual
secara berasingan di beberapa laman web. Namun diberi PERCUMA kepada sesiapa
yang membeli buku antologi UP TO YOU atau/dan CLEAR terus dari saya.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment