Memang berniaga mahu untung. Namun sebagai Muslim, harus
berfikir gaya terkedepan, seperti wawasan Rasulullah. Dalam sebuah buku tulisan
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, beliau menulis (saya ubah sedikit),
"Untung berniaga tidak semestinya dalam ukuran duit semata-mata. Ihsan dan
timbang rasa adalah untung juga bagi peniaga Mukmin.”
Di sisi lain, untung berniaga juga adalah berasa cukup dengan
rezeki titipan Allah, tenang dalam bermuamalat, dan beribadat.
Ebuku DIARI MAT KATERER (166 muka surat, saiz A5) diberi percuma
kepada semua pembeli buku antologi UP TO YOU.
UP TO YOU | Seluruh kehidupan adalah ujian dan kita tidak boleh
lari daripada tugasan untuk membuat pilihan. Saat berdepan setiap ujian-Nya,
apa pilihan kita? 20 kisah/cerita dimensi tarbiah yang menggugah jiwa.
Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20
orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan
mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan
dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Sangat
banyak yang boleh kita jadikan pengajaran!
Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan
nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Benar. Kita juga pernah berada
di titik kehidupan yang sama. Pernah memberontak dan salah faham seperti mereka.
Maka gunakanlah pengalaman tersebut sebagai satu alat untuk
mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah dengan
cara itu, banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berhikmah.
DIARI MAT KATERER | Kisah harian seorang aku sebagai Mat
Katerer. "Cerita jatuh bangun aku dalam bisnes; kisah suka duka ... atau
apa sahaja. Yang penting ialah doa aku supaya kau
orang faham satu perkara. Usaha tanpa doa adalah sia-sia atau sekadar dapat
duit, tapi tak faham hikmah di sebaliknya."
**
Hubungi saya melalui saluran komunikasi tertera; WhatsApp, Telegram, FB, IG,
Twitter. Semoga bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment