Ujian
Allah mendatang pada pagi 9 September 2014. Tingkap dapur kena kopek pencuri.
Hilang beberapa item penting dan wang tunai. Antara yang dirompak ialah tab,
telefon bimbit terbaharu isteri, dompet isteri yang mengandungi wang tunai, IC,
kad ATM, lesen, hampir semua jenis charger
gajet.
Isteri
bersedih kerana duit tunai ketering semalam lesap bersama dompet.
Namun
syukur ke hadrat Allah Taala. Laptop yang mengandungi banyak kerja saya, dan
isteri serta anak-anak selamat. Allah belaka.
“Ya Allah, berikan kesabaran pada kami
sekeluarga. Amin ya Allah ya Rabbal ‘Alamin.”
Selain
kejadian itu, saya mahu berkongsi kisah balik kampung kedua, yakni ke Kota
Gelanggi 1, Jerantut, Pahang pada 29 Ogos 2014. Dalam perjalanan merangkak
telusuri kesesakan jalanraya, saya berasa kereta berat di sebelah kiri.
Pemanduan juga menjadi perlahan. Menduga ada yang tak kena, saya berhenti di
stesen minyak BHP selepas plaza tol Gombak.
Rupa-rupanya
tayar belakang sebelah kiri pancit. Apabila diperiksa, ia bukan sekadar pancit,
malah terdapat wayar/besi tayar yang terkeluar. Maknanya tayar pecah. Saya dan
anak saudara mengambil masa lebih satu jam untuk operasi menukar tayar. Ada
seorang dua yang menegur prihatin. Saya menjawab, “Insya-Allah, boleh.”
Berpeluh
juga dalam samar-samar malam yang hanya diterangi lampur sekitar. Tambahan pula
jarang buat kerja ini.
Dalam
pemanduan pulang ke KL pada 1 September pula, sebelum tiba di terowong Karak,
stereng kereta menjadi berat, lampu brek dan bateri menyala. Saya mulai rasa
cuak. Sebaik memasuki terowong, saya nyalakan lampu hazardous. Stereng tetap berat.
Saya
berhenti di luar terowong sebelum menuruni bukit. Sudah terbayang timing belt dan wang yang perlu
dikeluarkan. Isteri terus menelefon sana dan sini, dan akhirnya dapat hubungi
pihak penyelenggara Lebuhraya Karak. Trak tunda datang. Tuan pemandu trak tunda
menyuruh saya buka penutup bahagian enjin.
Saya
terkejut! Tali luar (bukan timing belt)
yang memegang bahagian penghawa dingin dan enjin putus hancur.
Tuan pemandu trak itu menggeleng kepala dan berkata, “Mujur, abe. Tali ini tok masuk ke dale (dalam) enjin dan enjin tok panah lagi.” Dia orang Kelantan asalnya.
Setelah
berbincang singkat, saya bersetuju agar kereta ditarik ke bengkel berdekatan,
yakni di perjalanan ke Janda Baik.
Usai
berbincang dengan pomen bengkel dan bersetuju dengan bayaran, tuan pemandu trak
tunda dan seorang pembantunya kembali pulang.
Saya
dan isteri beristighfar, dan mengucap syukur ke hadrat Allah Taala.
Alhamdulillah. Subhanallah. La hawla wala quwwata illa billah.
Kejadian
itu bunyi macam biasa. Namun semua dalam lindungan Allah Taala, tiada
kemalangan terjadi. Saya sekeluarga selamat tiba di Kg. Pandan Dalam, KL,
hampir 6 jam sejak bertolak dari Kota Gelanggi 1.
Allah
belaka.
** INTAI DI BAWAH KARPET.
**********
Ebuku DIARI MAT KATERER ini akan diberi percuma kepada
setiap pembeli buku antologi UP TO YOU dan CLEAR. Diari ini pada asalnya
berjumlah 22,300 patah perkataan. Tetapi dipotong ambil yang signifikan saja.
Sudikah?
Catatan
dan cerita suka duka urusan katering dari pengalaman sebenar.
**********
Kini Sumayya Foods & Catering menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga
kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis
yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.
Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina,
India, dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.
** Kisah Diari Mat
Katerer, yang kini memasuki tahun ke-9 operasi katering; Sumayya Foods &Catering.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment