Namun
pertempuran untuk hancurkan Islam dan nilai-nilai kemanusiaan Islam gagal.
Sejarah yang terlihat berakhir (ditahan sebentar) atau legasi gemilang itu hidup
kembali. Perasaan dan fikiran kembali ke dalam hati iman, yang pernah menjadi
takhta kebejatan hasil tusukan dunia asing yang langsung tidak natural.
Barat dan Zionis-Yahudi memandang dengan cemas, kerana peradaban besar ini mulai meningkat. Justeru
mereka cuba untuk kesekian kalinya membedil dunia dengan racun yang menyatakan
tempur ini ialah demi hati dan pemikiran mereka, demi untuk kekalkan supremasi
liberal, juga doktrin kesamaan dan kebebasan tiada tara yang palsu.
Namun
sel-sel penjara Bagram, ketidakadilan Guantanamo, kekejaman Fallujah dan dalam
banyak penjara rahsia di seluruh dunia, ternyata gagal. Gagal dengan pesawat
dan teknologi dron serta gerembolan militeri upahan berupa geng-geng ala-Mafia
dan ala-Yakuza.
Bercakap
tentang kebebasan dan kesaksamaan? Bertinta tentang demokrasi?
Walhal...
apa Barat buat untuk pelarian perang yang mereka juga mulakan! Kesaksamaan konon,
sedangkan ekspresi politik Islam di Mesir dihalang. Maknanya ialah apa sahaja
dibuat untuk menghalang Islam dari diamalkan di mana-mana jua. Ia pelan ribuan
tahun, bahkan mungkin jutaan tahun?
Kembara
berhijab untuk kau orang. Singkap hijab, nampaklah tembelang!
** INTAI DI BAWAH KARPET.
**********
Assalamualaikum.
Terima kasih di atas sokongan untuk karya-karya saya sejak 2011. Insya-Allah
saya mengambil langkah drastik tahun ini untuk menerbitkan karya-karya saya
dalam bentuk zine, ebuku (ebook), dan buku secara swaterbit.
Dalam
senarai ialah 4 penerbitan; 2 zine, 1 ebuku dan 1 novel thriller sejarah.
Semoga terus mendapat sokongan dari tuan dan cikpuan. Mohon respons (andai
sudi).
Alhamdulillah.
Petang semalam (13 Februari 2019) dalam panas merening, saya poskan kumpulan
kedua zine seram-mistik ROH PUAKA KANDANG, dan bersama buku-buku lain.
Jadinya... zine
berbaki 5 naskhah. Ya 5 naskhah SAHAJA! Untuk baki ini saya pakejkan dengan
novel thriller-mistik KONSPIRASI MAHARAJA. Hanya RM40 termasuk postage. Hubungi
saya melalui saluran tertera hari ini juga. Terima kasih kepada yang sudi.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment