Petang
Khamis semalam (21 Mac 2019), saya terima satu bungkusan kurier. Sebuah buku yang memang
tiada di mana pun; himpunan cerpen seram-mistik ROH PUAKA KANDANG.
Satu-satunya!
Teruja
apabila melihat finishing luar dan dalamnya. Comel pula! Buku ini adalah versi
daripada edisi asal zine yang saya buka pra-tempah lebih sebulan lalu.
Terima
kasih, Tukang Cetak Zine dan bosnya Tuan
Shah Othman kerana memberi
harapan. Kata Tuan Shah, "Tak apa. Kita usahakan jadi buku untuk kompilasi
zine-zine Pak Web nanti. Siap ada ISBN dan PDP.
Mana tau PNM mahu ambil."
Itulah
yang saya harapkan. Pastinya tanpa sokongan dari rakan pembaca, ia tidak
bermakna. Justeru untuk makluman tambahan, saya sudah hantar zine #2 JELMA
PUAKA untuk dicetak. Ia juga berkaedah pra-tempah dengan cetakan terhad.
Sehubungan
dengan ini, Tuan Shah mencatat, "Rajin Pak Web menulis. Saya suka!"
Bagi
saya, menulis bukan hobi, malah terapi dan kebahagiaan. Justeru melalui hasil
penulisan saya dapat berkongsi. Saya simpan hasil penulisan itu untuk
dibukukan, sama ada dalam bentuk online, ebuku, zine atau buku.
**
Insya-Allah, saya diberi slot berkongsi kaedah penulisan karya thriller (dan
lain-lain) oleh penganjur Tuan Khairy Tajudin di Kota Bahru,
'Taliban' Darul Naim. Untuk pertanyaan lanjut bengkel pada 6 April 2019 nanti,
terus hubungi Tuan Khairy Tajudin. Insya-Allah
berbaloi!
*******************
BENGKEL
DI KOTA BAHARU | Menulis, menyunting, mereka bentuk teks/sampul buku, menerbit,
mempromosi, seterusnya menjual buku bukan perkara mudah. Tetapi boleh
dipelajari sekiranya ada hajat dan kesungguhan.
Mutakhir
ini, menerbit karya secara swaterbit (self publish) menjadi elemen penting
untuk aktiviti sebarkan ilmu, justeru beberapa alasan dalam industri perbukuan
negara.
Baru-baru
ini (foto), saya dijemput untuk menyampaikan celoteh/panduan dalam BENGKEL
PENULISAN, PENERBITAN DAN PERSONAL BRANDING,
kelolaan Tuan Khairy Tajudin.
Bengkel
seterusnya di Kota Bahru, Kelantan. Maklumat seperti di bawah.
Tarikh:
6 April 2019 (Sabtu)
9
pagi - 3 petang
Lokasi:
Ejoe Solutions, PT 400 Tingkat 2, Seksyen 17 (sebelah Tesco), Lembah Sireh,
Kota Bharu, Kelantan.
Coach
utama: Khairy Tajudin (penulis dan penerbit lebih 30 buah buku).
Manfaat:
-
Belajar menulis buku fiksyen dan bukan fiksyen termasuk buku ilmiah, motivasi.
-
Belajar terbit sendiri buku cara paling mudah dan murah.
-
Belajar jual sendiri buku.
-
Belajar bina personal branding.
PERCUMA
- 4 buah ebook berjudul (Buat Duit dengan Penulisan, Dari Idea Menjadi Duit, Tip Menulis Anekdot dan Rahsia Penulisan Novel Best Seller).
- 4 buah ebook berjudul (Buat Duit dengan Penulisan, Dari Idea Menjadi Duit, Tip Menulis Anekdot dan Rahsia Penulisan Novel Best Seller).
Dalam
bengkel ini, anda akan belajar:
1.
Cara menulis buku yang mendapat sambutan daripada pelbagai genre (fiksyen/non
fiksyen) dan mendapatkan pre-order sebelum buku dicetak.
2.
Cara menulis buku menggunakan gajet (smartphone, tablet dll) dengan cepat dan
tersusun.
3.
Cara memohon ISBN dan PDP daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi
mendapatkan hakcipta penerbitan buku.
4.
Cara mencari dan berurusan dengan designer untuk membuat cover buku dan layout.
5.
Cara memohon Dana Penulis kepada PNM supaya buku dapat dijual kepada PNM dalam
angka yang besar.
6.
Cara berurusan dengan pihak pencetak.
7.
Cara menjimatkan kos penerbitan.
8.
Cara menerbitkan buku mengikut permintaan (print on demand).
9.
Cara memasarkan buku ke kedai-kedai buku ke seluruh negara cara mudah dan
efektif.
10.
Cara menjual buku sendiri secara online dan offline
11.
Personal branding melalui media sosial.
12.
Tip menulis posting viral di Facebook.
**
Insya-Allah saya turut ada. Jadinya... nok panggil ore sekitar Kota Bahru dan
seluruh Klate untuk turut serta. Ore Besut sekalilah; sejam jah naik bas dari
Jerteh ke Kota Bahru tu. Kalau nok juppo ambo kali... boleh pakat mari adik
kakok deh.
Sebarang
pertanyaan lanjut, mohon hubungi Tuan Khairy Tajudin terus deh.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment