Terima kasih atas keprihatinan dan minat tuan/cikpuan ingin membaca novel DI SEBALIK HIJAB. Saya akan cetak karya ke-30 ini sebaik cukup korum insya-Allah. Justeru pra-tempah masih dibuka.
Saya juga ada stok beberapa karya terdahulu. Andai berhasrat, segera hubungi saya. Kita bincang sampai jadi. Di sini saya kongsikan pautan beberapa bab novel DI SEBALIK HIJAB yang boleh dibaca percuma. (Mungkin kena mendaftar dahulu. Maaf).
Sahabat di Amerika pernah berkata, "Perkataan 'jihad' adalah diambil dari bahasa Arab, secara literal bermaksud 'perjuangan menentang sesuatu'. Namun di dunia Barat, ia diterjemah sebagai 'perang suci'. Dalam Islam, jihad bukanlah perkataan main-main, bukan juga semudah disebut. Secara mudah setiap muslim dilarang berlawan atau membunuh seseorang, dan kemudian disebut jihad."
Di masjid yang kerap aku kunjungi, semasa salah satu sesi tazkirah, imam memberitahu, "Untuk usaha jihad diisytiharkan, suatu situasi mesti mempunyai kriteria khusus seperti mana digariskan dalam kitab al-Quran dan sirah Nabi Muhammad SAW. Salah satu situasinya ialah apabila wilayah atau negara umat Islam atau Negara Islam diserang dan muslim dibunuh, maka jihad diperlukan. Dalam situasi ini, menjadi kewajipan setiap muslim berjihad, sama ada secara bantuan kemanusiaan atau berjuang di medan tempur.
*************
Untuk
makluman juga, saya dan isteri mengusahakan servis katering untuk semua acara.
Pihak kami mengambil pesanan sekecil 40 pax (kepala) bagi Kuala Lumpur,
Selangor dan Negeri Sembilan (tertakluk kepada
terma dan syarat). Pengalaman 10 tahun. Benda boleh bincang.
Semoga beroleh respons dan bermanfaat.
Semoga beroleh respons dan bermanfaat.
**
Web Sutera, novelis yang berdegil.
0 comments:
Post a Comment