Minat saya menulis dan melakar cerita membuahkan hasil dengan terbitnya novel atau fiksyen sejarah pertama; MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG. Kemudian KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH, diikuti dengan NAKHODA AGUNG. Dua yang pertama diulang cetak setelah cetakan pertama licin di pasaran.
Kemudian
saya melangkah lagi, dengan meneroka genre thriller, fiksyen sains (saifai) dan
fantasi. Maka terhasilnyaa trilogi ARMAGEDON:
-
- PERANG
ARMAGEDON
-
- BAITULMAQDIS:
PETAKA ARMAGEDON
-
- MAGEDDO:
PETAKA AHZAB.
Seterusnya
untuk genre thriller-saifai-fantasi menghasilkan judul KONSPIRASI MAHARAJA, mini
novel SUHUF DASAWARSA dan mini novel THE EYE (masih belum diterbitkan).
Dalam
pada itu, rencana atau artikel dalam blog menghasilkan empat buah buku
motivasi/inspirasi/bisnes. Judul-judulnya:
-
- BUAT
DUIT DENGAN KATERING
-
- BERFIKIR
GAYA CHAMPION
- -
50
SUP CHAMPION RESIPI RASULULLAH
-
- HIJRAH
CHAMPION GAYA RASULULLAH.
Cubaan
seterusnya ialah membukukan puisi dalam PUISI TAK PUITIS. Juga beberapa cerpen
dan kisah benar dimuatkan dalam beberapa antologi bersama rakan penulis lain.
Minat
mendalam saya membaca karya novel/fiksyen saga sejarah dan thriller-saifai-fantasi
dimanfestasikan di dalam karya-karya berkaitan. Alhamdulillah. Saya mencari kelainan
dalam menggarap cerita melalui karya-karya kreatif itu.
************
CLEAR (RM20) dan UP TO YOU (RM20) kelolaan Bonda Nor mengandungi karya saya. Bersama RAJA KESATRIA hanya RM10 (harga asal RM20). Untuk RM50 sahaja, tuan/cikpuan diraikan dengan postage percuma. Hubungi saya, andai sudi
** WEB SUTERA, dare to be different!
**
Novelis yang berdegil.
0 comments:
Post a Comment