WEB SUTERA: MENULIS KERANA DAKWAH

29Jun2020


Minat saya menulis dan melakar cerita membuahkan hasil dengan terbitnya novel atau fiksyen sejarah pertama; MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG. Kemudian KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH, diikuti dengan NAKHODA AGUNG. Dua yang pertama diulang cetak setelah cetakan pertama licin di pasaran.

Kemudian saya melangkah lagi, dengan meneroka genre thriller, fiksyen sains (saifai) dan fantasi. Maka terhasilnyaa trilogi ARMAGEDON:

  • -          PERANG ARMAGEDON
  • -          BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON
  • -          MAGEDDO: PETAKA AHZAB.

Seterusnya untuk genre thriller-saifai-fantasi menghasilkan judul KONSPIRASI MAHARAJA, mini novel SUHUF DASAWARSA dan mini novel THE EYE (yang saya kongsikan dalam Wattpad).

Dalam pada itu, rencana atau artikel dalam blog menghasilkan empat buah buku motivasi/inspirasi/bisnes. Judul-judulnya:

  • -          BUAT DUIT DENGAN KATERING
  • -          BERFIKIR GAYA CHAMPION
  • -          50 SUP CHAMPION RESIPI RASULULLAH
  • -          HIJRAH CHAMPION GAYA RASULULLAH.

Cubaan seterusnya ialah membukukan puisi dalam PUISI TAK PUITIS. Juga beberapa cerpen dan kisah benar dimuatkan dalam beberapa antologi bersama rakan penulis lain.

Minat mendalam saya membaca karya novel/fiksyen saga sejarah dan thriller-saifai-fantasi dimanfestasikan di dalam karya-karya berkaitan. Alhamdulillah. Saya mencari kelainan dalam menggarap cerita melalui karya-karya kreatif itu.

* Poster | Dedikasi khas untuk sahabat yang diingati, Tuan

Muhammad Azlan Al-Amin

Andai mahu dapatkan buku BERFIKIR GAYA CHAMPION ini, sudi-sudikan mesej saya ya. Insya-Allah benda boleh bincang.

** Web Sutera - Penulis yang sudah menghasilkan 34 karya yang dibukukan dalam tempoh 10 tahun. Terima kasih atas sokongan dan penerimaan dari para pembaca budiman.

0 comments:

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger