GAYA WEB SUTERA: BAHASA SASTERA DAN AYAT METAFORA


Selain thriller dan novel adaptasi sejarah (saga sejarah), saya juga menghasilkan karya fantasi, fiksyen sains (saifai) dan seram-mistik-paranormal.

Semasa berhasrat menjerumuskan diri dalam bidang penulisan secara serius, saya memang mahu menyediakan kepada pembaca 'Gaya Web Sutera' lewat semua karya.

Justeru kelainan dengan 'Gaya Web Sutera' itu, cubaan saya menulis cerpan (cerita panjang) seram dikomen begini: "Cerita tuan memang bagus, ada kelainan dalam penyampaian dan kisahnya. Tetapi karya tuan masih lagi ada bau-bau 'bahasa sastera'. Apa yang kami nak ialah 'bahasa santai'."

Itulah dia! Karya saya pernah tidak diterima oleh editor penerbit kerana saya gunakan 'bahasa sastera'.

Apa kata tuan/cikpuan?

* Web Sutera - Mahu melakar gemawan ceritera melalui ayat metafora.


>> Saya Web Sutera, seorang novelis dan penulis yang sudah menghasilkan 34 buah karya yang dibukukan, bergerak aktif menulis semenjak tahun 2010.

Bersama saya beberapa judul karya yang ada stok. Andai sudi atau mahu berkenalan, saya berbesar hati andainya tuan/cikpuan dapat memiliki karya-karya saya itu. Setiap buku akan ditandatangan. Hubungi saya ya, melalui Facebook atau di sini. Ada pakej atau kombo menarik dengan diskaun hebat. Insya-Allah benda boleh bincang.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger