Bercuti 1 minggu, berita Pulau Pinang memang hebat - Malaysiakini

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mula mengkreditkan bantuan kewangan RM100 kepada keluarga miskin di Pulau Pinang sebagai rebat bil air, lapor Malaysiakini.



Pengurus Hal Ehwal Korporat PBAPP, K Jeyabalan dipetik sebagai berkata bahawa RM100 itu dikreditkan dalam empat bayaran sebanyak RM25 bagi setiap bil bermula 15 Nov.



"Sebanyak 143,197 pengguna layak menerima RM3.58 juta dalam bayaran ansuran pertama.” Beliau berkata 14,000 permohonan lain masih dinilai dan akan siap pada akhir bulan depan.



Katanya, semua pengguna yang tinggal di rumah kos rendah dan kos sederhana rendah serta keluarga yang menerima bantuan kebajikan dan kumpulan di bawah kategori miskin tegar akan secara automatik menerima bantuan kewangan ini.



"Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan layak menerima bantuan kewangan ini dan hendaklah memohon melalui borang yang diedarkan oleh pembaca meter PBAPP," tambahnya.


Setelah bercuti lebih satu minggu di Kelantan dan Besut, aku terputus dengan talian internet. Kembali sahaja ke rumah, ini berita paling menarik yang aku baca, jauh lebih menarik dari berita pesta seks di Kuala Lumpur di tahun baru 2009. Tahniah kerajaan Pulau Pinang. Aku sokong!

4 comments:

Anonymous said...

Orang Islam di Pulau Pinang dipinggirkan.

Itu laporan Pemuda Pas Pulau Pinang.

Anonymous said...

PAS Takut kat DAP & PKR tapi tak takut pada ALLAH.

Nak laksana hukum HUDUD pun kena dapat restu dari DAP.

Apa nak jadi kat PAS. ALLAH LAKNATI PAS.

Anonymous said...

Hampa baru mai cuti 1 minggu kat Penang dah puji orang kapiak.

Hampa tak tau yang orang Islam di Penang orang kapiak dok tindas.

Betoi betoi mangkok hayun sang Buana ini.

Web Sutera said...

Sahabat semua,

Sapa yang dok tindas Melayu Islam kat Penang selama ini? Bukankah BN? Kerajaan Pakatan Rakyat akan membetulkan apa yang patut, aku percaya, insyaAllah.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger