Krisis demokrasi di Perak, ego UMNO berkecai

Krisis pengamalan demokrasi di Perak terus berlanjutan. Justeru perbuatan ADUN yang dipilih rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 lalu tidak menghormati pilihan itu, serta bersifat derhaka kepada sistem pilihanraya, maka kelam-kabutlah bekas negeri biji timah itu. (Jika saudara sudah lupa muka ‘penghianat mandat rakyat’ itu, sila rujuk di sini.)

Pelbagai perkara baru timbul dan rakyat dimomok dengan pelbagai pandangan yang sedikit sebanyak memeningkan, malah tidak sedikit menjadi mual, ibarat kehamilan di awal bulan. Hatta, golongan ustaz dan ulamak pun bertelagah. Ia kini menjadi isu agama pula. Memang hebat kes di Perak ini. Baca di sini:
Qardawi sokong, kesal Mufti berfatwa tanpa periksa

Dari satu segi, sudah jelas bahawa politik tidak boleh dipisahkan dari agama. UMNO dan ustaz/ulamak yang menyokongnya pun sudah ‘pandai’ menyatakan bahawa itu tidak boleh, ini boleh dalam pelakuan/kejadian berkaitan krisis itu . Memang benarlah apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini, bahawa politik itu semestinya bersatu bersama Islam dan pengamalan kehidupan beragama. UMNO sudah ‘sealiran’ dari sudut ini. Benarkah?


Mengimbas kembali tahun 80-an dan awal 90-an, gemulah ayah saya merupakan salah seorang pengasas salah satu cawangan PAS di Jerantut, Pahang. Menurut kata gemulah, penubuhan cawangan PAS ketika itu seumpama kegiatan subversif. Seolah-olah menubuhkan sebuah pertubuhan haram di sisi agama dan undang-udang negara. Cawangan terpaksa ditubuhkan secara diam-diam, seumpama musang ingin mencuri ayam di reban.


Di akhir tahun 80-an saya ditawarkan memasuki kursus matrikulasi dan seterusnya ke Universiti Sains Malaysia (USM). Sebagai satu pra-syarat, saya mesti meminta tandatangan ‘kebenaran’ dari orang besar di Jerantut. Orang ‘besar’ itu ialah Puan Kamariah (jika tidak salah ingatan), di waktu itu sama ada ahli Parlimen atau ADUN Tembeling atau Ulu Tembeling.


Justeru itu, saya bersama seorang rakan pergilah ke Pejabat Daerah Jerantut yang juga menempatkan pejabat UMNO Jerantut, Pahang. Sebelum Puan Kamariah menandatangani surat consent itu, saya dan rakan ditanya adakah orang tua kami penyokong PAS.


Saya tanpa ragu-ragu dan tanpa gementar sedikit pun terus menjawab, “Ya”.


Puan Kamariah berkata, “Tidak usah menyokong PAS. Cakap dengan ayah, kalau mahu beramal ibadat, pergi ke masjid, boleh solat juga.” Beliau terus tandatangan borang sokongan tersebut. Saya tidak tahu apa perasaan YB itu tatkala menenyeh mata pen di borang tersebut.


Rakan saya kaget dengan jawapan bersahaja saya itu. Beliau bertanya ketika di luar pejabat daerah, “Kenapa kau cakap yang ayah kau penyokong PAS?”


Saya menjawab, “Takut apa. Memang benar apa yang aku cakap. Kenapa harus berbohong?”

Aruah emak saya pula pernah memegang tanggungjawab sebagai timbalan ketua Muslimat cawangan PAS.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger