Hagemoni UMNO: Hidup dan keris Melayu tidak untuk Malaysia

Azmin Ali called on Malay Malaysians to reject Malay leaders who are corrupt, such as former Selangor Menteri Besar Khir Toyo, and put their trust on clean leaders, even if they are non-Malay.

UMNO is a racist party that had divided and ruled Malaysia for more than 50 years by playing, albeit dangerously, the communal cards, said Parti Keadilan Rakyat leader Azmin.

Umno masih terus dengan agenda hagemoni Melayunya, seperti kata bekas menteri dalam negeri yang juga ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid, “Umno dan pentadbiran kerajaan perlu mempunyai strategi politik agar orang Melayu tetap terus setia dengan parti itu dan tidak berpaling kepada parti lain.” Sila baca di sini untuk laporan penuh.

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pernah berkata, “Jika pemimpin Melayu asyik melaungkan perkataan ‘hidup Melayu’ dan asyik menghunus keris Melayu, sampai bila-bilapun perasaan perkauman tidak akan menipis. Orang akan lari dari Islam kerana sikap perkauman pemimpin Melayu.”

Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi bin Awang pernah berkata, “Sikap PAS adalah jelas melalui kenyataan-kenyataan saya dan ucapan-ucapan saya iaitu ketuanan ini bukan hanya milik orang Melayu tetapi milik semua kaum.

Kalau kita bincang soal ketuanan, ia mestilah ketuanan semua kaum, tak kira Melayu, Cina dan India atau kaum-kaum lain kerana mereka ini juga rakyat negara ini. Jadi PAS lebih ke arah memperjuangkan ketuanan rakyat bukan ketuanan satu kaum sahaja.

Oleh kerana majoriti rakyat adalah Islam maka dalam soal ini PAS tetap dengan pendirian kepimpinan Islam. Tetapi bukan bermakna kita akan meminggirkan agama lain. Kita menghormati agama lain dan penganutnya cuma kepimpinan yang PAS perjuangkan adalah kepimpinan Islam kerana ianya sudah menjadi dasar kita.”

Berkaitan: Satu Islam, bukannya Satu Malaysia – Hu Pang Chaw

Sahabat, apa yang saya mahu ialah Islam memimpin, bukan sahaja untuk umat Islam malah semua bangsa dan agama di Malaysia. Berbeza pendapat di kalangan pimpinan PAS dan pelbagai etnik di negara ini bukan faktor penghalang untuk kita melihat sebuah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang prihatin.

Cuma saya sangat berharap para pemimpin PR jangan terlalu emosional dalam mengemukakan pandangan masing-masing, termasuk PAS. Cari titik persamaan, bukan perbezaan yang dibesar-besarkan. Jangan ikut arus komentar akhbar perdana yang dimiliki oleh kerajaan BN. Ini benar untuk semua akhbar, sama ada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina.


Satu perkembangan terkini yang amat menarik ialah kesediaan PAS bagi menyerap Kelab Penyokong PAS sebagai salah satu dewan dalam harakah Islam itu. Baca di sini dan di sini.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger