Inisiatif PAS Untuk Semua bukan sekadar slogan (2)

Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof di Pokok Machang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS. Menurut satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini.

Menurut Mujahid, status Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan untuk menjadi sayap parti dalam bentuk himpunan, dewan atau pun seumpamanya yang akan diputuskan kelak.

Alhamdulillah, saya sangat berharap pemimpin PAS membuka mata dan jangan PAS Untuk Semua sekadar slogan. Andai langkah dimulakan, insyaAllah, Allah akan memudahkan. Saya yakin.

Berkaitan:
Inisiatif PAS Untuk Semua bukan sekadar slogan
N31: PAS, you need to find your way back fast!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger