Anwar dan Hu Pang Chaw: Hudud bukan untuk non-Muslim

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud. (Ini sebenarnya yang dianjurkan oleh Islam)

"Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di Kuala Terengganu untuk pilihanraya kecil. Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. "Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan."


Sebelum itu, Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan berkata,
"Kami dikalangan orang bukan melayu di pantai timur ini baik di Kelantan atau di Terengganu memang dah faham apa itu hukum hudud kerana hudud hanya untuk orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum tersebut.

"Orang bukan melayu di Pantai Barat mungkin tidak berapa faham kerana telah diputarbelit oleh media kerajaan yang sengaja ditakut-takutkan dengan hukum rejam dan potong tangan. Walhal hudud bukan begitu.” (Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan)


*** Yang takut hukum hudud ialah UMNO dan pemimpin BN serta pihak lain yang termakan momokan UMNO selama ini. Itulah kejayaan UMNO yang bangang! Padahal hukum hudud hanya UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA.


Para penjenayah juga takut hukum Islam ini. Bukankah bagus penjenayah dan penjahat dalam negara ini takut untuk melaksanakan kejahatan durjana mereka apabila hukum hudud Islam dimaterikan sebagai undang-undang jenayah?
Lu fikirlah sendiri!
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Berita ringkas:
Malaysiakini melaporkan perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan diadakan oleh Gapena jika tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tidak diendahkan.

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Mahathir: HANCURKAN Coca-Cola - Malaysiakini

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today (5 January 2009) called for a global boycott of the US dollar and US-made products, including Coca-Cola, in protest over Washington's backing of Israel, reports Malaysiakini. I strongly support this call.

In latest development, Al-Jazeera reports at least a dozen Palestinian civilians have been killed on Monday as Israeli forces pushed deeper into the Gaza Strip, medical sources say. The latest total death count in Gaza stands at 521 people killed across 10 days, with more than 80 deaths since the ground offensive began two days ago.


Whatever the reason is, Israeli forces aggression cannot be acceptable. This is the act of barbarian and the Muslim world MUST FIGHT BACK in any means available, be it in diplomacy or military approaches.
ALLAHHUAKHBAR!


*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Pakatan Rakyat konsisten perjuang hak rakyat berbilang kaum

Pakatan Rakyat sentiasa berjuang secara konsisten dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, kata calon PAS parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut kepada pemberita ketika melakukan ziarah peniaga-peniaga di gerai sekitar Kampung Tiong Kuala Terengganu baru-baru ini

"Kita menentang kezaliman atas nama Islam, dan ianya bukan masalah membabitkan bangsa.” Menurutnya, pelaksanaan beberapa dasar serta undang-undang seperti ISA serta amalan diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau agama tidak wajar diteruskan.


Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam menyatakan akan terus turun mendekati masyarakat bukan Melayu sekitar bandar Kuala Terengganu bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.


Mohd Abdul Wahid juga menjelaskan bahawa rakyat bukan Islam tidak perlu takut dengan Hudud kerana ianya adalah dilaksanakan untuk masyarakat Islam sahaja.


"Hudud tidak perlu ditakuti kerana ianya adalah untuk orang Islam sahaja, lagipun ianya telah diluluskan oleh Sultan Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu pada 1999 lalu.


"Ia tidak boleh menjadi isu kerana sebelum ini pun tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana yang penting masyarakat Cina perlu tahu apa yang Pakatan Rakyat buat adalah untuk kebaikan mereka.”

Berkaitan:
Hu Pang Chaw: Komuniti bukan melayu di Pantai Timur faham hukum hudud

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Menyentuh isu hudud yang sedang dimainkan oleh media milik kerajaan sekarang Hu berkata isu tersebut tidak menjadi persoalan besar kepada masyarakat bukan melayu di Pantai Timur kerana masing-masing telah diberi kefahaman tentang persoalan hudud.

"Kita memang sedar bahawa isu hudud merupakan isu yang akan dimainkan kerajaan (BN) untuk mengabui mata pengundi bukan melayu ketika kempen yang akan berlangsung tahun depan (dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu).


"Kami dikalangan orang bukan melayu di pantai timur ini baik di Kelantan atau di Terengganu memang dah faham apa itu hukum hudud kerana hudud hanya untuk orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum tersebut.

"Orang bukan melayu di Pantai Barat mungkin tidak berapa faham kerana telah diputarbelit oleh media kerajaan yang sengaja ditakut-takutkan dengan hukum rejam dan potong tangan. Walhal hudud bukan begitu.” (Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan)

*** Yang takut hukum hudud ialah UMNO dan pemimpin BN serta pihak lain yang termakan momokan UMNO selama ini. Itulah kejayaan UMNO yang bangang! Padahal hukum hudud hanya UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA.

Para penjenayah juga takut hukum Islam ini. Bukankah bagus penjenayah dan penjahat dalam negara ini takut untuk melaksanakan kejahatan durjana mereka apabila hukum hudud Islam dimaterikan sebagai undang-undang jenayah? Lu fikirlah sendiri!

Ya Rabb, Ayat-Ayat Cintaku PadaMu

Aku pernah susah. Setahun lebih aku bertatih mengurus dan membangunkan bisnes katering. Miskin, susah, sedih, kecewa, marah dan menangis. Hutang sewaktu aku bekerja makan gaji makin menumpuk, makin membingungkan.

Hendak bayar itu, bayar ini.
Bank dan syarikat kewangan mengejar aku. Sebuah kereta diambil kembali oleh bank. Takut, bimbang dan resah saling bertingkah. Mahkamah menghantar saman si berhutang kepada aku. Terasa ingin mati!. Aku pasrah dan menyerah.
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya.” (Surah asy-Syura ayat 27)
“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.” (Surah al-Isra’ ayat 29)
“Ya Allah, letakkan dunia di tanganku, bukan di hatiku. Ampunkan dosa-dosa aku ya Rabb. HambaMu ini tidak akan berdaya menempuh badai tanpa bantuan dan cintaMu.”

Ku serahkan nasib dan masa depanku kepada Allah. Aku terus berusaha membangunkan bisnes katering, dalam segenap kepayahan dan gundah gulana. Terkadang syaitan membisikkan kata-kata durjana, supaya aku memberontak dengan keadaan yang terjadi.


Tatkala itu juga naluri dalaman aku melawan dan berjaya membunuh hasutan syaitan durjana itu. Aku mengadu ke hadrat ilahi, semoga derita dan kecewa hati ini disembuhkan segera. Aku pohon seikhlas hati bantuan dan tuntunan Allah. Aku sujud menangis merayu belas dariNya.
Aku bermunajat dan berdoa, pasrah akan ketentuan yang telah tersurat. Aku tahu, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Ianya penghapus dosa-dosa aku. Subhanallah.

Pernah banyak ketika aku dan isteri kehabisan wang langsung. Anak-anak ingin makan. Suatu ketika isteri aku bercerita bahawa dia pernah membelek-belek di segenap ruang dalam kereta mencari kalau-kalau ada wang yang terselit. Sebenarnya aku pun pernah berbuat demikian tanpa pengetahuan isteri.


“Ya Allah, murahkan rezekiku, majukan bisnes kateringku dan permudahkan segala urusan kehidupanku yang mendatang. Lindungi aku, isteri dan anak-anakku dari kepayahan yang tidak bisa kami hadapinya. Teguhkan rumahtanggaku, jadikan anak-anakku anak soleh dan solehah. Kuatkan iman aku, berikan ketabahan kepada hambaMu ini.”

Bercuti 1 minggu, berita Pulau Pinang memang hebat - Malaysiakini

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mula mengkreditkan bantuan kewangan RM100 kepada keluarga miskin di Pulau Pinang sebagai rebat bil air, lapor Malaysiakini.



Pengurus Hal Ehwal Korporat PBAPP, K Jeyabalan dipetik sebagai berkata bahawa RM100 itu dikreditkan dalam empat bayaran sebanyak RM25 bagi setiap bil bermula 15 Nov.



"Sebanyak 143,197 pengguna layak menerima RM3.58 juta dalam bayaran ansuran pertama.” Beliau berkata 14,000 permohonan lain masih dinilai dan akan siap pada akhir bulan depan.



Katanya, semua pengguna yang tinggal di rumah kos rendah dan kos sederhana rendah serta keluarga yang menerima bantuan kebajikan dan kumpulan di bawah kategori miskin tegar akan secara automatik menerima bantuan kewangan ini.



"Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan layak menerima bantuan kewangan ini dan hendaklah memohon melalui borang yang diedarkan oleh pembaca meter PBAPP," tambahnya.


Setelah bercuti lebih satu minggu di Kelantan dan Besut, aku terputus dengan talian internet. Kembali sahaja ke rumah, ini berita paling menarik yang aku baca, jauh lebih menarik dari berita pesta seks di Kuala Lumpur di tahun baru 2009. Tahniah kerajaan Pulau Pinang. Aku sokong!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger