Nama Allah: UMNO ditempelak TG Nik Abd Aziz lagi

Mengapa pemimpin Umno menjadi kelam kabut dengan isu penggunaan nama Allah oleh Herald, sedangkan dalam masa yang sama mereka memisahkan agama dan politik.

Persoalan tersebut dilontar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah melihat Umno tiba-tiba nampak serius dengan isu tersebut.
“Tahukah mereka pengertian nama Allah itu sendiri sedangkan pegangan pemimpin Umno memisahkan agama dan politik. Mereka sanjung perkataan Allah (SWT) tak boleh guna sembarangan, tetapi dalam pada yang sama mereka menyebut agama lain dan politik lain.” (Sumber Harakahdaily)

Mereka kata (baca: Herald Weekly ) katanama Tuhan (God atau Lord) diganti kepada Allah hanya mahu digunakan dalam versi bahasa Melayu sahaja. Wah! Pandai sungguh muslihat mereka!

Allah bertitah dalam Quran:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Walaupun ada sahabat berkata jangan salahkan UMNO sangat dalam hal ini, namun aku tetap katakan bahawa:

Sama-sama fikirkan. Tetapi jangan beremosi seperti mana tingkah laku UMNO. Bagi aku, apa sahaja tindakan UMNO dalam isu keputusan mahkamah membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam akhbar mingguan Kristian itu sekadar retorik semasa!

Jika saudara mahu marah pada aku, aku terima dengan senang hati. Itulah tanggapan aku terhadap UMNO, selamanya! Kerana UMNO, Islam seakan-akan malu di bumi umat Islam Malaysia ini. Justeru kerana UMNO, Islam sekadar ritual di bumi bertuah ini.

Baca juga:
Novelis Kristian berdakwah melalui sastera
Isu nama Allah dalam bahasa dan budaya Melayu - ARIF HUSAINI

Keraian majlis ramah mesra, mengapa perlu ada jurang?

Sebagai pengusaha perkhidmatan katering, saya sering melihat pelbagai ragam manusia ketika makan. Saya juga menyelami pelbagai kehendak dan citarasa di meja makan.

Salah satu penyediaan meja makan ialah keperluan makan VIP/VVIP. Pastinya apabila melibatkan meja VIP, dekorasi dan peralatan berlainan diperlukan. Itu perkara biasa kerana harganya juga relatif agak tinggi jika dibandingkan dengan sajian secara bufet.

Sudah tentu saudara pernah ke majlis keraian Hari Raya Aidilfitri yang pastinya dihidangkan dengan pelbagai juadah. Ada sesetengah majlis itu sajian makanan disediakan secara bufet, dan kerap kali juga diasingkan ruang makan antara tetamu biasa dengan tetamu yang dikategorikan VIP (very important person/people).

Sebagai penyedia perkhidmatan katering, saya sebenarnya tidak kisah kerana harga sudah dipersetujui untuk perkhidmatan VIP ini. Tetapi sebagai manusia, saya melihat dari sudut yang berlainan.

Majlis sambutan atau keraian Hari Raya Aidilfitri merupakan sebuah acara beramah mesra dan merapatkan silaturrahim, bukankah begitu? Jika memang begitu, apa alasan mengasingkan dan mengadakan jurang antara sesama manusia, apa lagi ketika makan.

Saya kerap menerima rungutan dari rakan-rakan dengan mengatakan bahawa VIP duduk sesama mereka, dan dalam masa yang sama membiarkan para tetamu bukan-VIP lain berlegar-legar tanpa dihiraukan oleh ‘VIP-VIP’ tersebut.

Saya mengakui rungutan rakan itu. Tetamu VIP hanya duduk di meja VIP dan berbual-bual sesama mereka. Hilang sudah semangat ramah-mesra dan bermaaf-maafan yang menjadi agenda utama mailis diadakan. Sudahlah di masa lain sepanjang tahun, memang payah untuk bersua muka dengan orang-orang VIP tersebut, di majlis keraian juga terjadi hal yang sama.

Bagi majlis-majlis lain yang bukan keraian Hari Raya Aidilfitri, itu hak mereka sebagai orang penting syarikat, komuniti, negeri atau negara. Memang hak mereka untuk dilayan mengikut kelas VIP. Tetapi tidak bolehkah hanya setahun sekali cuba mencemar duli menjadi ‘rakyat biasa’? Bukannya luak pun kemuliaan VIP tersebut, malah akan menjadi lebih dipandang mulia oleh masyarakat atau tetamu.

(Gambar: Majlis meraikan pengantin pada 20 Dis. 2009 di Kepong, Kuala Lumpur. Untuk perkahwinan juga ada meja VIP disediakan. Namun kes ini berbeza.)

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

No pain, no gain – Iskandar Abdul Samad

Kita mungkin tidak bersetuju dengan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Islam. Atau sebagai seorang pemimpin yang menjaga kepentingan para Marhaen tetapi terdapat perkara-perkara yang dilaksanakan oleh beliau yang akhirnya diakui membawa manfaat kepada rakyat. Yang meletakkan Malaysia di peta dunia.

Walaupun terdapat perkara-perkara yang dilakukan oleh beliau yang merugikan rakyat sehingga hari ini tetapi keberanian beliau membuat sesuatu keputusan adalah sesuatu yang dikagumi ramai.


Seorang pemimpin mesti berani dan tegas, tidak kelihatan lemah ketika membuat keputusan. Tidak teragak-agak.


Ibnu Khaldun seorang ilmuwan Islam yang meninggal dunia lebih kurang 4 tahun selepas Parameswara membuka Melaka pernah membincangkan tentang ciri-ciri kempimpinan. Menurut beliau yang terkenal dengan kitab-kitab Muqaddimah dan Al-’Ibar, seorang pemimpin perlu disayangi dan juga digeruni.


Sama ada di peringkat cawangan, dewan atau kawasan, pimpinan adalah pimpinan. Memikul tanggung jawab masing-masing. Pimpinan yang lemah tidak akan membawa organisasi beliau ke mana-mana. Pemimpin mesti menghasil idea–idea yang luar biasa dan berani menghadapi risiko. Bak kata orang putih, ”No pain, no gain”.
Baca seterusnya.

Teater Menunggu Kata Dari Tuhan, kisah penderitaan jiwa

Salah satu pengisian perayaan Jubli Perak PAS Kawasan Hulu Langat yang tamat semalam ialah pementasan teater bertajuk Menunggu Kata Dari Tuhan. Teater yang berlangsung di Stadium Kajang tersebut nampaknya menarik untuk diteliti dan diberi perhatian.

Teater ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yan
g diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk.

Teater Menunggu Kata Dari Tuhan ini adalah teater kisah penderitaan jiwa dan perasaan yang dialami oleh Ka’ab bin Malik seorang sahabat yang rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad di Tabuk walaupun pada masa itu beliau si
hat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang.

Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau d
alam perang lalu beliau dipulaukan oleh nabi dan sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Beliau juga diperintahkan untuk menjauhi isterinya.

Penderitaan jiwa yang amat sangat dialami oleh Ka'ab dalam menunggu keampunan dari Allah. Menunggu kata dari Tuhan melalui lidah Rasul..... bilakah beliau akan diampunkan? Berkat kesungguhan beliau dalam memunajat dan mohon keampunan dari Allah akhirnya beliau telah diampunkan oleh Allah.

Namun, mesej besar yag cuba disampaikan adalah – sejauh
mana kita bersedia untuk bercakap benar bila sudah melakukan kesalahan dan adakah kita bersedia untuk menerima hukumannya?

Inilah konflik jiwa Ka’ab dan saya rasa konflik jiwa kita juga. Kebenaran harus diterima walaupun pahit.

Antara artis yang terlibat dalam pementasan teater ini ialah Sani Sudin, Dinsman dan Sabri Yunus.
(Post asal dari MTD Dusun Tua)

Photobucket

Budaya hedonis dalam Advencer Si Peniup Ney dicemuh

Saya sudah lama membaca novel ini, seawal cetakan pertama lagi (2005). Gaya penceritaan saudara Faisal Tehrani menarik dan indah, kadang-kadang bersahaja. Gaya hidup sarat hiburan terlarang sesunggunya sekian lama melatari komuniti bandar kita.

Kerajaan pimpinan UMNO/BN terus menerus membiarkan gaya hedonis ini mekar subur. Malah selalunya menyediakan segala prasarana bagi ianya terus bercambah meracuni budaya.

Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!

40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi.

Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati. Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.

Karya ini secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.

Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan.

Judul: Advencer Si Peniup Ney
Pengarang: Faisal Tehrani
ISBN :9676117625
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Cetakan 2005
Mukasurat : 243 halaman

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger