POLIS MENGGANAS! Polis Gempur Pentas Konvensyen 2 Tahun PR

Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah menggempur majlis tersebut.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.


Wartawan kami (TV Selangor) di lapangan melaporkan ramai yang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh. Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.


Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.


"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis. Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke l
okasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah. Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.


Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.


Pada malam ini, dua tahun lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.
(Laporan TV Selangor)

Harakahdaily
melaporkan
akibat serbuan itu, tiga petugas PR cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.

Dalam ucapannya selepas itu, Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada polis kerana dengan tindakan itu orang ramai semakin benci kepada UMNO.

Ketika ceramahnya Azmin mendakwa "tadi ada beberapa pemimpin dibelasah oleh polis."

(
Laporan The Malaysian Insider pula di sini.)

P/s: Sahabat, tajuk aku letak ialah POLIS MENGGANAS, atau UMNO MENGGANAS!? Atau sama sahaja; UMNO itu POLIS, POLIS Itu UMNO??

Masyarakat Melayu sambil mempertahankan kedudukan haknya di sisi sejarah serta agama; dan kedaulatannya dari segi Perlembagaan, harus bersedia untuk berfikiran rasional, bekerja kuat, merebut ilmu dunia dan akhirat serta mengubah strategi.

Cara biasa berfikir dan bertindak, suka berhibur dan menaruh kepercayaan bahawa pemimpinnya akan selalu meyelamatkan nasibnya adalah suatu kebodohan moden
.

Kalau mereka mahu berubah, berubahlah untuk pembaharuan dan kemajuan; bukan untuk kehinaan akhlak, intelektual dan ekonomi di mata orang, lebih-lebih lagi di mata Tuhan yang senantiasa menyeru kepada kebaikan: "kerahmatan untuk semesta alam ".(Dato' Baha Zain, bos lama saya semasa bertugas di Dasar Padu Sdn. Bhd . Saya sebagai editor matematik dan IT. Pernah menyunting satu buku agama mengenai perkahwinan)
.

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis, termasuk perkahwinan. Jika perlukannya, sila hubungi saya di sini.


Islam itu indah: TV3 terima syarat hiburan di Kelantan

Kerajaan negeri membenarkan konsert Jom Heboh anjuran TV3 diadakan di Kelantan pada 26 dan 27 Mac ini sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, tetapi melarang penyanyi wanita membuat persembahan.

Kerajaan negeri juga menetapkan syarat supaya penonton diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri.


“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa baru-baru ini.


Beliau berkata keputusan kerajaan negeri menerima pertunjukan konsert Jom Heboh TV3 itu mulai tahun ini menunjukkan kerajaan tidak mengharamkan hiburan sebaliknya mengawal pertunjukan hiburan mengikut enakmen hiburan yang diterima pakai di Kelantan.


Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pernah menolak permohonan TV3 untuk menganjurkan Sure Heboh kerana ia bertentangan dengan konsert hiburan yang dikehendaki oleh Enakmen Hiburan di negeri ini.


“Tetapi setelah pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini,” katanya.

Takiyuddin berkata pada konsert itu, pihak berkenaan akan mengadakan satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. (Laporan Bernama)

Maafkan aku Palestin, ini sahaja yang dapat aku lakukan….

Malam tadi (5 Mac 2010) saya menonton berita al-Jazeera mengenai onar terbaharu Israel terhadap orang ramai yang sedang solat di Masjid al-Aqsa. Seperti biasa, bermacam alasan diberikan oleh Israel laknat terhadap betapa ‘halalnya’ tindakan mereka menceroboh masjid bersejarah itu.
Al-Jazeera reports that Israeli police have entered Jerusalem's al-Aqsa mosque compound to disperse Palestinian protesters who they said “threw stones at police officers and Jewish worshippers nearby.” Security forces fired tear gas canisters and stun grenades to disperse the demonstrators following Friday prayers. The Reuters news agency reported that 30 people were injured in the clash.
Setiap kali saya membaca atau menonton kisah dan tragedi berkaitan umat Palestin, hati saya terhiris bagai ditusuk sembilu. Memang Yahudi Israel dengan fahaman Zionisnya merupakan teroris dunia!

Dalam buku My Father was a Freedom Fighter: Gaza’s Untold Story oleh Ramzy Baroud diceritakan berkenaan ayah penulis.

He survives Israel's massacre of 1,200 Gazans during the 1956 Suez War. He survives the June 1967 War, in which discarded Soviet rifles confronted "American hawk missiles, West German Patton battle tanks and French Mirage fighter jets." Three years later, he survives then Israeli General Ariel "The Bulldozer" Sharon's "pacification" of Gaza by "shock therapy," during which the Israeli forces executed and deported young men and destroyed 2,000 houses in August 1970 alone.

Mohammed joins the Palestine Liberation Army, because after two decades in the camps the refugees had come to believe in independent, armed action. He becomes part of the National Leadership Committee in 1978 and calls for civil disobedience.


My Father was a Freedom Fighter
details a life that is unrelentingly harsh. Pregnant Zarefah lives on weak tea and garlic soup. Mohammed and Zarefah's first son dies of a high fever, of poverty really. Later Mohammed sells carpets in Ramallah and buys scrap metal in Israel, but the siege imposed during the first Palestinian intifada, as well as Mohammed's unusual decision to send his daughter to study in Syria, plunges the family back into penury. Zarefah dies aged 42.
Ini merupakan satu kisah. Terdapat ribuan malah mungkin jutaan cerita lainnya akibat dari sikap teroris Yahudi Zionis. Di sini saya tampilkan semula beberapa buku yang sudah dibaca berkenaan kesengsaraan rakyat Palestin, kisah pejuang-pejuang syahid dan siapa Yahudi bersama gerakan Zionis dan Freemason.

Palestin: Syahid atau kemenangan!

Anasir teroris adalah anak kandung Zionis

Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yasin

Usaha damai Arab-Israel diteruskan atau sekali lagi ditipu?

Air mata bergenang bila membaca Meniti Maut

Dari Beirut ke Jerusalem, hening dan penuh syahdu


Pentagon kena ceroboh! Hahahaha….

Seorang lelaki yang bernama John Patrick Bedell, 36, nekad menerobos masuk ke pejabat Pentagon di Washington, Amerika Syarikat. Dalam peristiwa yang terjadi semalam (Khamis, 4 Mac), Bedell sempat menembak dua petugas polis di pintu masuk Pentagon yang berhubungan dengan stesen kereta api bawah tanah.

Ketua Polis Pentagon, Richard Keevil berkata penceroboh ketika ini mengalami luka serius akibat tembakan petugas keselamatan. Sementara dua petugas polis yang ditembak oleh Bedell, menurut keterangan sejumlah staf Pentagon, hanya mengalami luka ringan.

"Pentagon which is the defence headquarters of United States is one of the most important and highly guarded buildings of Washington. The shooting incident took place at 6:40 p.m. The gunman was reported to be very cool and calm while shooting."
The police officers have not been seriously injured. Chief of guarding force, Richard S. Keevill described the injury of the officers as a grazing wound.

Hey, itu adalah budaya UMNO/BN!

Saya baru tiba di rumah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Taman Maluri, Kuala Lumpur atas urusan pendaftaran kelahiran anak. Buka sahaja emel, dalam inbox ada satu kenyataan akhbar yang memang saya nantikan.

Baca kenyataan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali. Satu lagi pendedahan terhadap orang yang kecewa kerana tidak memperoleh habuan dunia! Itukah perjuangan segelintir pimpinan PKR selama ini, iaitu bila mendapat kuasa, duit dan perut yang menjadi agenda? Hey, itu adalah budaya UMNO/BN!

"Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas setiausaha agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim (foto) Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar parti dan saya mempercayainya.

Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah peribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah presiden, setiausaha agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

"Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh."

--- DR. SYED HUSIN ALI, Timbalan Presiden, PKR.

Nota tambahan:
Saya kagum dengan Dr. Syed Husin Ali. Dari dahulu sampai sekarang perjuangannya utuh dan terus kukuh. Walaupun arus demi badai melanda, beliau tetap istiqamah dalam perjuangan. Inilah contoh manusia yang patut diangkat menjadi pemimpin. Baca buku beliau di sini.

** Saya membaca di mana-mana. Bagaimana saudara?

Mohd Fairus baca skrip yang serupa untuk semua katak!

Berita bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin pula menyertai Umno bukanlah berita hangat bagi aku. Malah sudah menjadi basi. Semua orang sudah tahu bahawa mamat ini akan masuk UMNO juga.

Fairus berkata bahawa beliau mengambil keputusan keluar dari PKR atas dasar “untuk mempertahankan prinsip perjuangan untuk agama, bangsa, tanahair dan kepentingan rakyat Malaysia.”


"Saya umumkan penyertaan saya dalam UMNO dan BN dan keluar dari PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinannya," kata Fairus dipetik oleh Malaysiakini.


Cuba
saudara perhatikan semua ayat-ayat mamat ini. Semuanya sudah kita dengar dan baca sebelum ini. Skrip yang serupa!

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan parti. Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali melalui satu kenyataan berkata, “Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.”


“Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya," kata Syed Husin.


Beliau juga berkata bahawa tidak ada sebab bagi PKR melayan tuntutan itu. “Lagipun PKR tidak mampu berbuat demikian.”


Syed Husin berkata atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya, seorang yang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000.


“Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan PKR. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin UMNO yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu,” tegas Syed Husin.


"Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar."


Untuk Puan presiden PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun Datuk Seri Anwar sudah memohon maaf atas kesilapan memilih calun dalam PRU12 yang lalu, saya ingin terus mengingatkan akan pertanyaan dan pernyataan saya seketika dulu:

Anwar Ibrahim, jangan gelojoh memilih calun bagi sebarang pilihanraya. Rakan-rakan dan sanak saudara saya serta ramai lagi rakyat yang prihatin berkata bahawa ada segelintir ahli-ahli PKR dan pimpinan masuk PKR bukan untuk sebuah perjuangan. Mereka juga berkata sebagai bekas ahli UMNO, ahli PKR masih pekat dengan budaya UMNO/BN.

Perjuangan dalam Pakatan Rakyat bukan main-main. Rakyat memilih PAS, PKR dan DAP dalam PRU12 lalu bukan juga sengaja mahu main-main.
Cuba dengar kenyataan Fairus dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Ampang, Selangor. Video ihsan sahabat GreenBoc

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger