Iklan bodoh TV3: Douglas Khoo Hong Seng WAJIB LETAK JAWATAN!

27 Ramadhan 1431H - Utusan Malaysia Online melaporkan:

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.


"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.


"Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.


Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.


Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.


Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.


Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).


Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.


''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.


"Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.


Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.


Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.


Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.


"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.


"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.


"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.


Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.


Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.


Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia. (Laporan asal di sini)

Komen aku terhadap Douglas Khoo Hong Seng. Dia memang seorang yang langsung tak prihatin terhadap budaya Melayu, apa lagi dari sisi agama Islam. Dia hanya tahu kreativiti, walhal kreativiti itu nampak bodoh dari sudut budaya. Pastinya dari sudut agama Islam ia jelas menghina dan boleh membaca kepada syirik.

Dia (Douglas) tidak melakukan kajian, dan tidak membaca dan menelaah dari semua sudut sebelum menghasilkan apa yang dikatakan bagi "untuk melahirkan Melayu milenium".

Melayu milenium apa, sdr. Douglas Khoo Hong Seng? Apa yang saudara tahu mengenai Melayu dan Islam? Dari iklan tersebut ternyata dan terserlah bahawa saudara kurang bijak dan tidak berinformasi!

Peduli apa aku dengan kos
penerbitan RM200,000 itu! Yang lebih penting bukan kos dalam nilai wang yang perlu ditonjolkan, tetapi kos dari sudut kerosakan yang pihak TV3 telah lakukan!

Sebelumnya:
Iklan Hari Raya Aidilfitri atau Krismas? (video)


Lihat komuniti KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010.

Iklan Hari Raya Aidilfitri atau Krismas? (video)




Lihat komuniti KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010 untuk bantahan.

P/s: Perhatikan di permulaan iklan yang menunjukkan seorang budak Melayu membaca buku. Di sebelah kiri (seperti gambar yang sempat dirakam oleh seorang rakan Facebook) ada tulisan Jawi atau Arab terbalik! Ini suatu penghinaan atau apa?

Berkaitan: Syirik : Satu Lagi Produk 1 Malaysia


Rumah terbuka anak Pahang di perantauan 12 Sept. 2010

26 Ramadhan 1431H - Anak Pahang di perantauan yang kembali beraya di kampung dipelawa menghadiri program Rumah Terbuka dan Himpunan Anak-Anak Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang pada 12 September (Ahad) di Felda Semarak, Jengka 15.

Ketua penerangannya, Mohd Fadly Ramli berkata, program tersebut akan diserikan dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dengan beramah mesra dan bersantai bersama anak-anak di perantauan serta memberi sedikit amanat.


Menurut Fadly, pihaknya mensasarkan kehadiran lebih 1,000 anak-anak Pahang di perantauan ke majlis tersebut kerana ramai dijangka akan pulang beraya bersama keluarga mereka di seluruh negeri.


Katanya, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah lokasi paling ramai anak Pahang bekerja.


Turut meraikan tetamu pada majlis itu nanti ialah Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md Saad, timbalannya, Shahril Azman Abdul Halim al-Hafiz serta ahli jawatankuasa.


Majlis dijangka akan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.


P/s: Aku anak Pahang juga. Aku dibesarkan di Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut. Tetapi oleh kerana kedua-dua orang tua aku sudah tiada, maka tahun ini aku akan ke Besut dan Rantau Panjang untuk Aidilfitri 1431 Hijrah, insyaAllah.


Ingat perjuangan Lim Guan Eng ini?

24 Ramadhan 1431H - Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999.

"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

"Cucu saya,telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

"Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

"Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya.

"Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

"Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

"Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

"Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:
"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil.

"Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”
"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

"Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

"Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

"Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

"Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

"Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya."

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin

JAHANAM ISRAEL!!

Bertuahkah Islam mendapat Melayu?

22 Ramadhan 1431H - Kalimah Allah mahu dieksklusifkan, doa khutbah mahu dieksklusifkan, masjid dan surau mahu dieksklusifkan. Sehingga aku terbelenggu dalam fikiran.

Betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?


***
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Berkaitan:
Bukan Islam masuk masjid: Rasulullah membenarkannya

"Islam akan musnah kerana orang alim yang tersilap langkah, perdebatan orang munafik tentang Quran, dan pemimpin yang khianat dan menyesatkan. (Khalifah Omar al-Khattab)

Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger