skip to main |
skip to sidebar
4 Safar 1432H - The Economic Intelligence Unit 2010 report boldly confirms the fact that all Malaysians already knew, which is the deterioration of our civil liberties and our political culture. We do not have true democracy. For the past 50 years out of 53 years of independence, we have been living under emergency declarations that are conveniently used to maintain anti-democratic laws in the name of national security of an era gone past.
Malaysia needs more democracy in order to continue prospering economically, socially, and culturally in this highly competitive borderless world. The only reason that we can find why democracy continues to be suppressed is to benefit and maintain the hegemony of the ruling elite.
Our solution is for the government to pass the Democracy Rehabilitation Act, a bipartisan bill which my Pakatan Rakyat colleagues and I would propose to the Barisan Nasional federal government to move during the next parliamentary sitting. This Bill would restore our nation’s confidence and would bring us back on the path towards a developed nation by year 2020.
The Democracy Rehabilitation Act aims to achieve the six principal requisites for a thriving democracy which include revoking all emergency declarations, repealing all anti-democratic laws such as the ISA, UCCA and PPPA, fulfilling all agreements with Sabah and Sarawak, ensuring a free and fair election process, restoring local government elections and guaranteeing a free media.
A one million signature campaign for a memorandum of the Act shall be conducted beginning January 2011 which will subsequently be submitted to His Highness the Yang Di Pertuan Agong.
Indeed, both our National Economic Advisory Council and foreign investors have stated that the lack of confidence is among the primary concern that is hindering our progress towards a developed nation. I hope that the federal government would work together with my Pakatan Rakyat colleagues and I to pass the Democracy Rehabilitation Act to restore democracy and confidence among the rakyat so that together we can work towards a Better Malaysia.
--- By Nurul Izzah (Photo)
3 Safar 1432H - Tuhan menyatakan dengan jelas mengenai perkara ini, kataNya: “Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam), orang-orang yang beriman berkata: “Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Quran, yang memerintahkan kami berjuang)? Maka apabila diturunkan satu surah (dari Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
(Mereka selalu berkata: “Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredai Allah)”. Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kerana Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.” (Surah Muhammad ayat 20-21)
Dalam ayat lain, Tuhan berkata: “Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang hipokrit dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.” (Surah al-Ahzaab ayat 12)
Kemudian Tuhan berkata lagi: “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka mendapat kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: “Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah.” Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? ” (Surah an-Nisaa’ ayat 78)
Ayat 78 surah an-Nisaa’ ini ditujukan kepada golongan yang telah disebut dalam ayat sebelumnya, iaitu orang-orang yang takut kepada sesama manusia. Ada ulama lain mengatakan bahawa ‘mereka’ yang dimaksudkan ialah golongan Yahudi dan orang-orang hipokrit. Secara umum, Tuhan melarang umat Islam dari mencontohi golongan yang pandai bermuka-muka dan takut melaksanakan perintah jihad.
--- Akan bersambung.
Sebelumnya: (1) Anugerah dari Allah, buruk darimu
(2) Anugerah dari Allah, buruk darimu
2 Safar 1432H - “Aku sudah telefon kau tiga kali. Mengapa kau tak angkat? Telefon mahal kau masuk air atau apa?” soal Zainal sambil ketawa.
“Hahaha. Maaflah kawan. Aku sebenarnya malas mahu jawab panggilan kau apabila aku nampak nama kau tertera di skrin telefon aku. Jangan kecil hati, sahabat. Aku sedang sibuk dengan pembacaan dan kajian untuk kertas projek sejarah,” jawab Zamri sambil matanya tidak lepas dari halaman buku yang sedang ditatapnya.
“Aku sudah agak. Kau sejak aku kenal hampir 5 tahun lalu memang begitu. Kalau kau asyik dengan sesuatu, pasti kau buat pekak kerbau, terutamanya kalau aku panggil,” pintas Zainal sambil tertawa senang di hujung talian satu lagi.
“Aik? Mana kau dapat peribahasa pekak kerbau itu? Mana ada dalam kamus!” soal Zamri acuh tak acuh.
“Peribahasa itu aku cipta sendiri. Dulu emak aku kata, kerbau kalau sedang berkubang dalam selut, kau janganlah kacau dia. Tak akan dilayannya kau. Sekiranya kerbau itu bengang, dia akan mendengus-dengus sambil menjengkelkan mata,” Zainal menjawab dengan nada serius ambil tangan kanannya diangkat ke atas.
Baca seterusnya >>
2 Safar 1432H - Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran diminta campur tangan dalam isu berkaitan novel Interlok bagi menyelesaikan masalah yang timbul, ekoran kontroversi yang ditimbulkan oleh kaum India terhadapnya.
Interlok adalah sebuah karya sastera bermutu yang mengambil latar masa sekitar 1910 sehingga 1957 dan ia tidak sewajarnya menjadi mangsa politik perkauman di tanah air.
Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) menegaskan, novel itu adalah satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Ia adalah rakaman realiti semasa yang cukup baik, mengenai masyarakat Malaysia waktu itu iaitu zaman pra merdeka dan ia sangat sesuai dijadikan teks sekolah.
Presidennya, Dinsman berkata, dengan menjadikan novel tersebut sebagai teks sekolah, para pelajar boleh mempelajari dan memahami asal usul terbentuknya masyarakat Malaysia seperti komposisinya hari ini.
Menurut beliau, oleh itu novel tersebut seperti juga novel-novel lain sepatutnya hendaklah dilihat sebagai sebuah karya seni, bukan sebagai bahan atau alat politik.
"Namun masyarakat kita hari ini terlalu sangat berpolitik. Semua perkara hendak dipolitikkan dan segalanya hendak ditelan oleh politik" katanya pada sidang media di rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), di sini, hari ini.
Sehubungan itu, PAKSI tidak bersetuju dengan cadangan supaya novel Interlok ditarik balik daripada menjadi buku teks untuk SPM kerana tidak ada sebab untuk berbuat demikian.
"PAKSI berharap supaya pelbagai pihak di negara ini dapat berusaha secara betul bagi mengurangkan pemikiran dan sikap prasangka perkauman di kalangan masyarakat," katanya.
Kontroversi mengenai Interlok timbul apabila Gabungan NGO India memandangnya sebagai sebuah novel yang menghina kaum India, khususnya pada bahagian-bahagian tertentu, sehingga ia dikatakan sebagai karya bentuk 'rasis'.
Pengerusi Gabungan NGO India Malaysia, Datuk A Vaithilingam, dalam kenyataannya, mengancam untuk mengadakan satu upacara membakar novel tersebut sekiranya novel karangan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein itu tidak ditarik balik daripada menjadi sebahagian teks sastera SPM.
"Tetapi apakah yang dikatakan menghina itu? Bahagian mana yang menghina orang India dan juga orang Melayu? Apakah kerana ada menyebut 'kasta paria', dan orang Melayu bodoh dan malas? Bagaimana pula dengan orang Cina yang hendak menjual anak perempuan?" tanya Dinsman.
Beberapa orang AJK PAKSI yang turut hadir pada sidang media itu bagaimanapun kesal dengan sikap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah kerana menimbulkan isu berkaitan novel itu.
"Dengan sikapnya itu, Datuk T Murugiah ternyata hanya memandang kepada sesuatu bangsa, khususnya bangsa India dalam bercakap mengenai sesuatu. Sedangkan sebagai Timbalan Menteri, beliau sepatutnya memandang semua bangsa bagi mewakili seluruh rakyat Malaysia, bukannya hanya memandang suatu bangsa sahaja.
"Disebabkan sikap beliau itu, isu tersebut menjadi semakin panas. Jadi, isu ini sememangnya tidak akan selesai jika kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran yang lebih bertanggungjawab dalam hal itu tidak campur tangan," tegas mereka.
Sekiranya kontroversi mengenai Interlok gagal diselesaikan dengan baik oleh kerajaan dan Kementerian Pelajaran dalam masa terdekat, PAKSI terpaksa mengambil tindakan lebih tegas bagi mempertahankan novel-novel di tanah air dari menjadi mangsa politik perkauman.
Dalam masa terdekat, PAKSI bercadang untuk mengadakan forum terbuka bagi membincangkan perkara itu di kawasan yang sedang menjadi tumpuan orang ramai sekarang, iaitu di Tenang, sempena pilihanraya kecil DUN Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini.
"Cadangan PAKSI untuk mengadakan forum di Tenang itu janganlah pula disalahanggap oleh pihak tertentu. Tujuan kita bukanlah untuk berpolitik, tetapi kita mahu mengadakan forum itu di tempat tumpuan orang ramai. Kini tempat yang dikunjungi oleh orang ramai di DUN Tenang.
"Jadi eloklah kita adakan forum di DUN Tenang. Dengan itu, forum itu nanti akan dapat disertai oleh orang ramai, bagi membolehkan semua kaum dan semua pihak faham dengan realiti sebenar Interlok yang sebenarnya bukannya untuk menghina sebarang pihak, tetapi sebagai gambaran sebenar masyarakat Malaysia terutama pada waktu itu," tegas Dinsman.
Novel Interlok adalah satu daripada karya yang mendapat hadiah saguhati dalam peraduan menulis novel sempena 10 tahun merdeka, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Novel Sandera mendapat hadiah ketiga. Manakala hadiah pertama dan kedua tidak dimenangi sebarang novel.
Sejak itu, tidak pernah ada pembaca yang merasa tersinggung dengan adanya bahagian yang dikatakan menghina itu dalam novel tersebut. Isu itu hanya timbul secara tiba-tiba sekarang, setelah kira-kira 40 tahun novel itu dihasilkan.
Pengarang novel itu, Datuk Abdullah Hussein sendiri sebelum ini dan sehingga kini turut diakui pelbagai pihak sebagai bukan seorang penulis bersifat 'rasis', baik dari segi perwatakan dan penulisannya.
(Oleh Aziz Muda dan Majdan Yahya, Harakahdaily)
P/s: Aku hairan dan musykil. Apa yang diperjuangkan mereka?
1 Safar 1432H - Tuhan sangat tidak menyukai orang yang lari dari musuh dengan niat tidak mahu berjuang demi hanya untuk kepentingan diri sendiri. Dalam ayat jihad, Tuhan jelaskan manusia tidak boleh mengelak dari mati walaupun seseorang itu lari dari medan jihad kerana mati adalah perkara nyata, walaupun manusia bersembunyi di sebalik halangan yang kukuh. Orang-orang yang tidak suka kepada jihad akan kerugian di dunia ini dan juga di akhirat, seperti mana kata Tuhan dalam Quran:
“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat”. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?”
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mata benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang taat perintah Tuhan (kerana ia lebih mewah dan kenal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikitpun." (Surah an-Nisaa’ ayat 77)
Baca seterusnya >>
28 Muharram 1432H - Kesimpulannya, kedatangan dan berkembangnya fahaman Komunis selepas era penaklukan empayar-empayar purba terus memperkotak-katikkan wilayah Turkistan menjadi Turkistan Timur dan Turkistan Barat. Satu di bawah kuasa China dan satu lagi di bawah kuku besi Rusia (kemudian USSR). Fahaman ateis memberanakkan kapitalis dan Komunis Fahaman ateis Komunis pula dikembang biak oleh Karl Mark dan Lenin. Maka hancurlah bumi budaya bangsa Turki-Islam yang bernama Turkistan.
Akhirnya untuk kalian, Qan mengatakan, “Kami tahu benar tentang Komunis. Kalian hanya mendengar sahaja. Kami mengetahui Komunis secara terperinci bahkan Mark dan Lenin tidak berkesempatan untuk melihat kesudahan Komunis sekadar yang kami tahu.” Kata ganti nama ‘kami’ di sini ialah Qan dan abangnya Turghut yang sudah bertaubat.
Baca lagi >>
27 Muharram 1432H - Konsert kumpulan terkenal Indonesia Wali Band yang dibantah Pemuda Umno Kelantan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 negeri, sama seperti yang dikenakan terhadap aktiviti lain, seperti Jom Heboh anjuran TV3 suatu ketika dahulu.
Sehubungan itu, menurut Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, perkara itu merupakan pendirian kerajaan Kelantan sejak dasar Membangun Bersama Islam diperkenal dan tidak "timbul soal mengubah pendirian untuk menarik golongan muda".
"Dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, sudah disenaraikan bentuk-bentuk larangan yang dikenakan terhadap semua aktiviti persembahan hiburan di Kelantan dan persembahan konsert Wali Band tidak langsung melanggar enakmen tersebut.
"Manakala penganjur konsert, Anjung Tulus Corporation Sdn Bhd telah diberikan syarat agar memastikan tidak berlakunya percampuran di antara penonton lelaki dan perempuan bukan mahram sepanjang persembahan berlangsung," kata ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari.
Kelmarin Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mempersoal kewajaran kerajaan Kelantan membenarkan Wali Band mengadakan persembahannya, yang didakwa semata-mata bermotifkan politik.
Ketuanya Anuar Safian dilaporkan berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan, tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.
Dalam satu kenyataan, Ahmad Fadhli yang juga setiausaha kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga berkata, sebarang kelemahan dalam penguatkuasaan enakmen itu tidak sama sekali boleh menafikan hasrat positif yang terkandung dalamnya.
"Pemuda PAS Kelantan ingin menasihatkan Pemuda Umno Kelantan, khususnya ketuanya sendiri agar membaca dan memahami dahulu Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang hanya menampakkan kedangkalan semata-mata," kata Ahmad Fadhli lagi.
(Laporan asal dari portal berita Malaysiakini)
Berkaitan: Konsep kami adalah berdakwah – Wali BandAku sayang Allah, aku rindu Allah, aku cinta Allah: Setiap air mataku mengalir
27 Muharram 1432H - Assalamualaikum. Teman-teman dan tuan-tuan / puan-puan masih ingat post saya bertajuk "Betulkah Dr. Fadzilah Kamsah kata boleh melacur jika darurat?" Sudahkah Dr. Fadzilah Kamsah mengeluarkan penafian atau pencerahan akan kenyataannya yang dipetik akhbar tersebut? Tolong berikan sebarang pautan berkaitan, jika ada.
Sekiranya tidak, saya akan lancarkan BOIKOT terhadap buku-bukunya! To be honest, I'm not JOKING HERE. I'M DAMN SERIOUS!!
27 Muharram 1432H - Anggota kumpulan band terkenal dari Indonesia, Wali Band begitu bersyukur dan berbangga apabila muncul sebagai band pertama yang diberi peluang membuat persembahannya di negeri Kelantan dalam tempoh 20 tahun.
Salah seorang anggota kumpulannya, Apoi pada sidang medianya melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan kumpulan mereka bukan sahaja band pertama dari luar negara membuat persembahan, sebaliknya mendahului band dari negara ini sendiri.
Apoi yang bermain gitar seterusnya berharap kumpulan mereka dapat menghiburkan rakyat Kelantan. “Konsep kami adalah berdakwah, jadi semoga kami dapat berdakwah sambil berhibur,”ujarnya.
Petang semalam (30 Dis. 2010) anggota ini mengadakan sidang medianya disalah sebuah hotel di Kota Bahru, Kelantan sempena program mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin. Empat anggota anak muda ini akan menjayakan Bazaar 4 Gaza di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam 31 Dis. 2010.
Program berkenaan dianjurkan bersama Anjung Tulus, Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan negeri.
P/s: Dua lagu favourite Wali Band yang aku sering dengar dan hayati ialah Aku Cinta Allah dan Taubat Maksiat.
Berkaitan: Taubat Maksiat dari Wali Band
** Berita asal dari blog Ibnu Hasyim.
Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger