Testimoni dan pertanyaan dari pembaca bernama Cikpuan Hidayah Johan

Saya baru sahaja selesai membaca novel tulisan Tuan; Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Saya baru beli Rabu minggu lepas dan malam tadi saya selesai habiskan. Jujur dan ikhlas dari hati, saya ingin katakan saya kagum sangat dengan usaha tuan membersihkan nama Alexander The Great. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menawan hati saya supaya baca hingga ke halaman yang terakhir. 

Novel tuan ibarat sebuah pengembaraan dalam menyelami dan mentadabbur ayat al-Quran, (Surah al-Kahfi: 83 - 98). Sampai saya jatuh hati dengan watak insan yang bernama Raja Alexander ini. Apakah masih ada lagi insan seperti beliau pada zaman sekarang ini?

Tapi saya mahu tanya beberapa persoalan:

(1) Masa Alexander hendak bina balik bangunan yang telah runtuh itu, baginda juga hendak bina balik tempat ibadat kaum lain yang bukan menyembah Tuhan Yang Esa. Apakah dibenarkan jika kita sebagai seorang Muslim ingin membantu menegakkan agama yang menyekutukan-Nya?

(2) Bukankah orang-orang zaman dulu umur dia orang panjang sampai ada yang mencecah beratus-ratus tahun? Apakah kemangkatan Raja Alexander pada umur 33 tahun itu adalah suatu fakta? Atau ia hanya sekadar untuk cerita dalam novel ini?

(3) Apakah Socrates, Aristotle dan Ptolemy memang benar menyembah Tuhan Yang Esa? Sebab selama saya belajar sejarah, saya menggambarkan mereka seperti orang Rom yang bijaksana dalam berfalsafah tapi tiada agama. Namun saya pun tak tahu menahu tentang itu.

Dan buat yang terakhirnya, saya suka sangat dengan tulisan Tuan yang penuh dengan pengembaraan.

Respons dan jawapan saya 

Alhamdulillah. Terima kasih kerana membeli novel saya ini dan memberikan testimoni yang memberangsangkan. Untuk menjawab pertanyaan, pohon cikpuan kembali kepada dua kem sejarawan yang mengatakan: (1) Alexander adalah Raja Zulqarnain, (2) Alexander bukan Raja Zulqarnain.

(1) Pada hemat saya Alexander hanya membenarkan pembinaan kuil agama pagan itu, bukan beliau yang turut membinanya. Kaum Yahudi beriman juga tidak mahu turut serta, dan beliau memberi izin. Seperti ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) juga, dalam perang dan aman tidak boleh musnahkan tempat ibadat agama lain. Islam juga tidak melarang pembinaan rumah ibadat dan pengamalan agama lain di kalangan mereka, selagi mana mereka tidak menganggu-gugat Islam dan kesuciannya. 

(2) Alexander / Raja Zulqarnain memang meninggal dunia pada usia tersebut. Pastinya ada hikmat Allah mengapa beliau meninggal dunia pada usia muda. Itu fakta sejarah. Cikpuan boleh teliti dalam banyak buku-buku kajian sejarah, insya-Allah, termasuk buku-buku rujukan yang saya senaraikan di belakang novel.

(3) Socrates, Aristotle, Plato dan Ptolemy memang benar menyembah Tuhan Yang Esa, Mukmin yang menyembah Allah. Itu daripada kem sejarawan yang bersetuju bahawa Alexander the Great adalah Raja Zulqarnain seperti mana Allah sebutkan dalam al-Quran. Tahukah cikpuan ada kajian yang membuktikan Plato adalah Luqman Hakim seperti mana dalam Surah Luqman? Kontroversi? Tunggu buku dalam bahasa Melayu yang memperikan siapakah sebenarnya Plato itu, insya-Allah.

Dalam hal berkaitan, saya percaya yang Gautama Buddha dan Krishna adalah seorang nabi yang diutus Allah untuk era tertentu. Namun lama kelamaan, orang menyembahnya. Ingat tentang Nabi Isa atau Jesus? Siapa yang mula membuat patung Jesus?

Moga memperoleh pencerahan. Saya terbuka dengan wacana, insya-Allah.

Mungkin berkaitan: Nabi Muhammad dalam kitab Hindu

2 comments:

Web Sutera said...

“Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani? Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah, ayat 140)

"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (Hanif) (yang mendengar dan berserah sepenuhnya kepada Allah) dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 67)

“Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (Surah Asy-Syura, ayat 13)

Greens Planet Set of Right's Ideas & Realistically Movements said...

Assalammualaikum w.b.t

TAWARAN MENARIK.

JUALAN PROMOSI BUKU ''Mutiara Ihya' Ulumuddin'' yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dari kitab asal karangan Imam Al-Ghazali.


Kitab Ihya Ulumuddin adalah karya seorang ulama besar, Hujjatul Islam, Al Imam Abu Hamid Ghazali atau Imam Al-Ghazali adalah kitab besar yang sangat berpengaruh di kalangan umat Islam.

Kitab ini berisi ajaran tentang Adab, ibadah, tauhid, akidah dan tasawuf yang sangat mendalam. Kitab ini merupakan hasil perenungan yang mendalam dari Imam Ghozali tentang berbagai hal, khususnya tentang pensucian hati.

Terjemahan ini terbahagi menjadi 5 buku atau 5 jilid

Antara Kandungan Menarik mengenai kitab ini:-

1. ILMU PENGETAHUAN.
2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
3. RAHSIA-RAHSIA THAHARAH (BERSUCI).
4. RAHSIA-RAHSIA SOLAT DAN KEUTAMAANNYA.
5. PENERANGAN SYARAT-SYARAT BATIN DARI PERBUATAN HATI.
6. RAHSIA ZAKAT.
7. RAHSIA BERPUASA.
8. RAHSIA HAJI.
9. ADAB MEMBACA AL-QURAN.
10. ZIKIR DAN DOA.
11. ADAB-ADAB MAKAN, UNDANGAN MAJLIS MAKAN DAN MENGHORMATI TETAMU.
12. ADAB-ADAB PERKAHWINAN.
13. ADAB-ADAB PEKERJAAN DAN SARA HIDUP.
14. HALAL DAN HARAM.
15. ADAB-ADAB BERGAUL DAN BERMASYARAKAT.
16. 'UZLAH (BERSENDIRIAN) DAN MUKHALATHAH (BERGAUL).
17. ADAT BERMUSAFIR.
18. AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.
19. ADAB KENABIAN DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W.
20. LATIHAN MENTAL, PENDIDIKAN AKHLAK DAN RAWATAN PENYAKIT HATI.
21. KEBURUKAN MARAH, DENDAM DAN HASAD (DENGKI).
22. KEBURUKAN DUNIA.
23. KEBURUKAN BAKHIL DAN HARTA.
24. BAHAYA PANGKAT DAN RIAK (MENUNJUK-NUNJUK).
25. BAHAYA TAKBUR DAN BANGGA DIRI26. BAHAYA GHURUR (TERTIPU)
27. TAUBAT.
28. SABAR DAN SYUKUR
29. HARAP DAN TAKUT.
30. FAKIR DAN ZUHUD
31. NIAT, IKHLAS DAN BENAR.
32. PERHITUNGAN (MUHASABAH) DAN PENELITIAN (MURAQABAH).
33. BERFIKIR.
34. MENGINGATI MATI DAN PERKARA YANG TERJADI SESUDAH ITU.
35. PENUTUP KITAB.

Siapa yang berminat boleh PM di inbox saya.
mrbohie@gmail.com
<http://mrbohie.blogspot.com/2012/10/jualan-promosi-buku-mutiara-ihya.html

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger