Testimoni dan pertanyaan
dari pembaca bernama Cikpuan Hidayah Johan.
Saya baru sahaja selesai
membaca novel tulisan Tuan; Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Saya baru
beli Rabu minggu lepas dan malam tadi saya selesai habiskan. Jujur dan ikhlas
dari hati, saya ingin katakan saya kagum sangat dengan usaha tuan membersihkan nama
Alexander The Great. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menawan hati saya
supaya baca hingga ke halaman yang terakhir.
Novel tuan ibarat sebuah
pengembaraan dalam menyelami dan mentadabbur ayat al-Quran, (Surah al-Kahfi:
83 - 98). Sampai saya jatuh hati dengan watak insan yang bernama Raja Alexander
ini. Apakah masih ada lagi insan seperti beliau pada zaman sekarang ini?
Tapi saya mahu tanya beberapa persoalan:
(1) Masa Alexander hendak bina balik bangunan yang telah runtuh itu, baginda
juga hendak bina balik tempat ibadat kaum lain yang bukan menyembah Tuhan Yang
Esa. Apakah dibenarkan jika kita sebagai seorang Muslim ingin membantu
menegakkan agama yang menyekutukan-Nya?
(2) Bukankah orang-orang zaman dulu umur dia orang panjang sampai ada yang
mencecah beratus-ratus tahun? Apakah kemangkatan Raja Alexander pada umur 33
tahun itu adalah suatu fakta? Atau ia hanya sekadar untuk cerita dalam novel
ini?
(3) Apakah Socrates, Aristotle dan Ptolemy memang benar menyembah Tuhan Yang Esa?
Sebab selama saya belajar sejarah, saya menggambarkan mereka seperti orang Rom
yang bijaksana dalam berfalsafah tapi tiada agama. Namun saya pun tak tahu
menahu tentang itu.
Dan buat yang
terakhirnya, saya suka sangat dengan tulisan Tuan yang penuh dengan
pengembaraan.
Respons
dan jawapan saya
Alhamdulillah. Terima
kasih kerana membeli novel saya ini dan memberikan testimoni yang
memberangsangkan. Untuk menjawab pertanyaan, pohon cikpuan kembali kepada dua
kem sejarawan yang mengatakan: (1) Alexander adalah Raja Zulqarnain, (2) Alexander
bukan Raja Zulqarnain.
(1) Pada hemat saya Alexander hanya membenarkan pembinaan kuil agama pagan itu,
bukan beliau yang turut membinanya. Kaum Yahudi beriman juga tidak mahu turut
serta, dan beliau memberi izin. Seperti ajaran Islam yang dibawa oleh
Rasulullah (SAW) juga, dalam perang dan aman tidak boleh musnahkan tempat
ibadat agama lain. Islam juga tidak melarang pembinaan rumah ibadat dan
pengamalan agama lain di kalangan mereka, selagi mana mereka tidak
menganggu-gugat Islam dan kesuciannya.
(2) Alexander / Raja Zulqarnain memang meninggal dunia pada usia tersebut.
Pastinya ada hikmat Allah mengapa beliau meninggal dunia pada usia muda. Itu
fakta sejarah. Cikpuan boleh teliti dalam banyak buku-buku kajian sejarah,
insya-Allah, termasuk buku-buku rujukan yang saya senaraikan di belakang novel.
(3) Socrates, Aristotle, Plato dan Ptolemy memang benar menyembah Tuhan Yang
Esa, Mukmin yang menyembah Allah. Itu daripada kem sejarawan yang bersetuju
bahawa
Alexander the Great adalah
Raja Zulqarnain seperti mana Allah sebutkan dalam al-Quran. Tahukah cikpuan
ada kajian yang membuktikan Plato adalah Luqman Hakim seperti mana dalam Surah Luqman? Kontroversi? Tunggu buku dalam bahasa Melayu yang memperikan siapakah sebenarnya Plato
itu, insya-Allah.
Dalam hal berkaitan,
saya percaya yang Gautama Buddha dan Krishna adalah seorang nabi yang diutus
Allah untuk era tertentu. Namun lama kelamaan, orang menyembahnya. Ingat
tentang Nabi Isa atau Jesus? Siapa yang mula membuat patung Jesus?
Mungkin berkaitan: Nabi Muhammad dalam kitab Hindu
2 comments:
“Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani? Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah, ayat 140)
"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (Hanif) (yang mendengar dan berserah sepenuhnya kepada Allah) dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 67)
“Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (Surah Asy-Syura, ayat 13)
Assalammualaikum w.b.t
TAWARAN MENARIK.
JUALAN PROMOSI BUKU ''Mutiara Ihya' Ulumuddin'' yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dari kitab asal karangan Imam Al-Ghazali.
Kitab Ihya Ulumuddin adalah karya seorang ulama besar, Hujjatul Islam, Al Imam Abu Hamid Ghazali atau Imam Al-Ghazali adalah kitab besar yang sangat berpengaruh di kalangan umat Islam.
Kitab ini berisi ajaran tentang Adab, ibadah, tauhid, akidah dan tasawuf yang sangat mendalam. Kitab ini merupakan hasil perenungan yang mendalam dari Imam Ghozali tentang berbagai hal, khususnya tentang pensucian hati.
Terjemahan ini terbahagi menjadi 5 buku atau 5 jilid
Antara Kandungan Menarik mengenai kitab ini:-
1. ILMU PENGETAHUAN.
2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
3. RAHSIA-RAHSIA THAHARAH (BERSUCI).
4. RAHSIA-RAHSIA SOLAT DAN KEUTAMAANNYA.
5. PENERANGAN SYARAT-SYARAT BATIN DARI PERBUATAN HATI.
6. RAHSIA ZAKAT.
7. RAHSIA BERPUASA.
8. RAHSIA HAJI.
9. ADAB MEMBACA AL-QURAN.
10. ZIKIR DAN DOA.
11. ADAB-ADAB MAKAN, UNDANGAN MAJLIS MAKAN DAN MENGHORMATI TETAMU.
12. ADAB-ADAB PERKAHWINAN.
13. ADAB-ADAB PEKERJAAN DAN SARA HIDUP.
14. HALAL DAN HARAM.
15. ADAB-ADAB BERGAUL DAN BERMASYARAKAT.
16. 'UZLAH (BERSENDIRIAN) DAN MUKHALATHAH (BERGAUL).
17. ADAT BERMUSAFIR.
18. AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.
19. ADAB KENABIAN DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W.
20. LATIHAN MENTAL, PENDIDIKAN AKHLAK DAN RAWATAN PENYAKIT HATI.
21. KEBURUKAN MARAH, DENDAM DAN HASAD (DENGKI).
22. KEBURUKAN DUNIA.
23. KEBURUKAN BAKHIL DAN HARTA.
24. BAHAYA PANGKAT DAN RIAK (MENUNJUK-NUNJUK).
25. BAHAYA TAKBUR DAN BANGGA DIRI26. BAHAYA GHURUR (TERTIPU)
27. TAUBAT.
28. SABAR DAN SYUKUR
29. HARAP DAN TAKUT.
30. FAKIR DAN ZUHUD
31. NIAT, IKHLAS DAN BENAR.
32. PERHITUNGAN (MUHASABAH) DAN PENELITIAN (MURAQABAH).
33. BERFIKIR.
34. MENGINGATI MATI DAN PERKARA YANG TERJADI SESUDAH ITU.
35. PENUTUP KITAB.
Siapa yang berminat boleh PM di inbox saya.
mrbohie@gmail.com
<http://mrbohie.blogspot.com/2012/10/jualan-promosi-buku-mutiara-ihya.html
Post a Comment