Pemerhatian, taakul dan borak
seputar teman-teman. Tunjuk perasaan di Mesir sekarang ini ditunjangi oleh puak
nasionalis yang dipalu gendang oleh Amerika Syarikat dan ajen Israel. Tujuan
ialah cuba burukkan imej Presiden Dr. Mohammed Morsi. Kancah itu bermula sebaik
sahaja Israel menarik balik serangan terhadap Gaza. Namun Islam tetap menang,
insya-Allah.
@@@@@@@
Prof. Dr. Mohammed Morsi adalah
salah seorang hamba Allah yang dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah
(pemimpin) di bumi Kinanah (Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali
etika dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad bin Abdullah yang dirindui oleh
penduduk negeri Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium
ini.
Beliau diharapkan oleh kaum
Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Kami jadikan
di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah
Kami, ketika mereka sabar dan mereka menyakini ayat-ayat Kami.” (Surah
as-Sajadah, ayat 24)
Beliau lahir di kampung Al-Adawah
daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di bahagian timur Mesir. Di
kampung itu pelbagai amalan agama yang menjadi tradisi secara turun- temurun
dilestarikan, menjadikan Mohammed Morsi tumbuh kembang dalam tradisi dan warna
agama yang bersinar dalam dirinya sejak kecil lagi.
Meskipun beliau hidup dalam
kesederhanaan kerana bapanya hanyalah seorang petani dan ibunya seorang suri
rumah tangga, semua itu tidak menjadi halangan bagi beliau untuk mencapai
cita-cita besarnya iaitu menjadi manusia yang berguna kepada negara dan
agamanya. (Dari buku Mohammed Morsi: Khilafah Islam Kembali Bermula di Bumi
Kinanah (Mesir))
3 comments:
Sampai kiamat puak Zionis LAKNATULLAH ini tidak akan berdiam diri.
Kisah sama yang berlaku di Gaza tahun 2006 selepas Hamas menang besar dan gantikan kerajaan Fatah dlm GE. Namun, rakyatnya lebih tahu apa yang mereka nak.
hidup islam,hidup dr mursi..amin
Post a Comment