Demonstrasi di Mesir dipalu gendang oleh ajen Israel LAKNAT


Pemerhatian, taakul dan borak seputar teman-teman. Tunjuk perasaan di Mesir sekarang ini ditunjangi oleh puak nasionalis yang dipalu gendang oleh Amerika Syarikat dan ajen Israel. Tujuan ialah cuba burukkan imej Presiden Dr. Mohammed Morsi. Kancah itu bermula sebaik sahaja Israel menarik balik serangan terhadap Gaza. Namun Islam tetap menang, insya-Allah.

@@@@@@@

Prof. Dr. Mohammed Morsi adalah salah seorang hamba Allah yang dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah (Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad bin Abdullah yang dirindui oleh penduduk negeri Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini.

Beliau diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, ketika mereka sabar dan mereka menyakini ayat-ayat Kami.” (Surah as-Sajadah, ayat 24)

Beliau lahir di kampung Al-Adawah daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di bahagian timur Mesir. Di kampung itu pelbagai amalan agama yang menjadi tradisi secara turun- temurun dilestarikan, menjadikan Mohammed Morsi tumbuh kembang dalam tradisi dan warna agama yang bersinar dalam dirinya sejak kecil lagi.

Meskipun beliau hidup dalam kesederhanaan kerana bapanya hanyalah seorang petani dan ibunya seorang suri rumah tangga, semua itu tidak menjadi halangan bagi beliau untuk mencapai cita-cita besarnya iaitu menjadi manusia yang berguna kepada negara dan agamanya. (Dari buku Mohammed Morsi: Khilafah Islam Kembali Bermula di Bumi Kinanah (Mesir))

3 comments:

Abang Long said...

Sampai kiamat puak Zionis LAKNATULLAH ini tidak akan berdiam diri.

Amer Husin said...

Kisah sama yang berlaku di Gaza tahun 2006 selepas Hamas menang besar dan gantikan kerajaan Fatah dlm GE. Namun, rakyatnya lebih tahu apa yang mereka nak.

maie1958 said...

hidup islam,hidup dr mursi..amin

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger