Ketentuan Allah?


Semasa bersekolah menengah dulu, ada soalan peperiksaan begini: "Apakah yang dimaksudkan dengan takdir atau qadak dan qadar Allah?"

Saya menjawab, "Takdir itu ketetapan Allah. Seumpama pisau tajam, kalau kita hiris lengan kita, takdir tentukan bahawa ia akan terluka dan darah keluar. Tetapi kalau tidak dihiris pisau itu pada kulit kita, ia tidak akan berdarah."

Seumpama kita berdiri di tengah jalanraya yang sibuk. Takdir tentukan yang kita akan dilanggar. Mengapa kita bodoh berdiri di situ?

Harga barang naik ketetapan Allah. Sengketa di Syria dan Mesir ketetapan Allah. Jenayah Israel terhadap umat Palestin adalah ketetapan Allah. George Bush kata Islam itu teroris ditentukan Allah.

Jadinya kita hanya berdiam diri sahaja?

Tayar kereta pancit, kita biarkan sahaja sambil berkata, "Biarlah! Nanti dia baik sendiri."

Boleh begitu?

** Grafik atas: Gambaran / plot senario serangan tentera Ahzab ke atas Baitulmaqdis dalam novel Kombat Armagedon.

Insya-Allah, kita beriman dengan hadis-hadis Rasulullah (SAW) yang memberi berita kedatangan Dajjal dan Imam Mahdi di akhir zaman menjelang kiamat. Itu qadar dan qadak (ketetapan) Allah. Namun adakah kita hanya menunggu takdir itu tiba tanpa berusaha?

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger