Seorang kenalan Facebook menghubungi saya dengan menulis:
“Assalamualaikum, Tuan Web Sutera. Kalau tuan masih ingat, saya salah seorang peserta bengkel penulisan novel Islami di Akademi Must Read. Hmm.. tak tahulah sama ada masa bengkel hari itu tuan perasan atau tidak, ketika tuan cerita berkenaan cara hendak buat novel/fiksyen sejarah.
“Saya mahu cakap masa itu, tapi rasa serba salah. Saya mengangggap tuan tersilap cakap. Masa itu tuan memberi contoh berkenaan cara nak buat cerita Nabi Nuh sebagai fiksyen. Tuan memberi contoh mencipta watak di dalam kapal Nabi (Nuh) seorang bernama 'Muhammad' sebagai pengikut Nabi Nuh.
"Setahu saya yang saya belajar, nama 'Muhammad' Allah simpan supaya tidak seorang manusia pun terlintas untuk memberi nama itu, sehinggalah Rasul kita (Nabi Muhammad SAW) diberi nama itu.
Saya minta maaf kerana mesej begini. Rasa tak elok juga kalau saya tulis dalam Facebook sehingga semua orang baca. Itulah yang saya belajar, boleh rujuk Syeikh Zainul Asri, Syeikh Nuruddin dan Ustaz Mohd Fahmi Zam Zam, itu antara guru saya juga. Sekian terima kasih."
Jawapan saya:
“Alaikumsalam warahmatullah. Ya
.. mungkin waktu itu saya salah cakap, silap beri contoh. Jangan risau, saya
tak berikan watak ‘Muhammad’ dalam novel berkenaan Nabi Nuh itu (Nakhoda Agung).
Saya faham hadis atau firman Allah itu. Terima kasih atas ingatan ini. Saya
hargainya..
“Itu sekadar contoh, mungkin saya sebut
'mamat' yang merujuk kepada orang lelaki, bukan nama 'Muhammad', seperti
'minah' untuk perwakilan perempuan/wanita. Ataupun watak 'Muhammad' sebagai
tukang cerita di waktu era selepas itu .. misalnya di abad ke-21.
“Mohon maaf atas silap faham itu.”
@@@@@@@
Di bawah ialah ulasan
pembaca bernama Tuan Fikri Baharon, Gombak, Selangor.
Rasanya sukar untuk menghasilkan kisah Nabi Nuh dalam bentuk novel fiksyen sejarah. Alhamdulillah penulis berjaya menterjemahkannya. Sejarah Nabi Nuh, umatnya dan bahtera serta banjir besar perlu difahami, diambil ibrah/pengajaran dan untuk kita berfikir.
Pertamanya, saya tertarik dengan penjelasan Prakata mengenai pembahagian riwayat Bani Israil@Israiliyat kepada harus, haram dan tawaquf. Kelainan novel ini ada ilustrasi, rasanya sudah menjadi gaya penulis dengan memasukkan monolog sang buana (aku suka bahagian ini).
Selain itu, lampiran-lampiran menarik disertakan mengenai elemen tafsir Taurat, dan Prolog dan Epilog.
Ayuh sama-sama kita memahami sejarah untuk melihat masa lalu untuk memahami masa sekarang, dan bersedia menempuh masa hadapan. Kaver depan yang smart, 4.5* (daripada 5 bintang)
Komen
balas saya: Alhamdulillah. Terima kasih, Tuan Fikri Baharon. Ya .. ibrah dari
kisah ini. Banyak ibrah dari kisah dalam al-Quran, dan dalam masa yang sama
saya cuba memberi pencerahan mengenai elemen Israiliyyat. Moga bermanfaat,
sebuah usaha kecil dari hamba Allah yang daif.
Novel ini dipersembahkan dalam kaedah agak berbeza berbanding novel-novel saya yang terdahulu. Pihak editor dan penerbit Must Read mengambil usaha memuat ilustrasi, dan bab Prolog dan Epilog diletakkan di e, sesudah perkisahan novel ini ditamatkan. Justeru buku ini dinamakan 'Fiksyen Sejarah Berilustrasi'.
@@@@@@@
Sahabat, tahukah satu perkara? Sejak era Nabi Nuh a.s.
lagi, kisah munculnya Dajjal sudah diberitahu. Ia fitnah besar yang pasti.
Justeru ... mari membaca dan mentaddabur al-Quran.
Jadikan peristiwa mengerikan ini sebagai kembara rohani
mengenai murka Allah Taala yang amat dahsyat, yang menimpa nenek moyang kita.
Murka Allah yang dikenakan kepada manusia yang tidak mahu dan melalaikan
perintah-Nya.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment