PERANG ARMAGEDON - Ada orang mengamuk!


K001 dah mula reviu. Cheese cake aku dah habis, kena cari cheese cake yang baru. Maaf cakap, buku ini adalah isu berat bagi sesetengah pembaca. Saya dah reviu direct depan Pak Web siap berdebat lagi di pentas Galeri Ilmu masa PBAKL hari itu. Sewaktu sesi bedah buku, beberapa persoalan yang berlegar di minda telah dijawab oleh Pak Web dengan baik. (Saya harap ini boleh dikira sebagai reviu. Kalau ada yang tak berpuas hati, sila nyatakan saya akan perbaiki reviu ini).

1- Monolog si Mukmin. Saya persoalkan siapakah sebenarnya Mukmin tersebut. Jawapan Pak Web: Siapa-siapa boleh jadi si Mukmin itu. Semua watak di dalam buku tersebut adalah seorag Mukmin hamba Allah, jadi mungkin Fateh Sa'adi, komghazi-komghazi yang ada, mungkin juga Nur Jannah, Dr. Wajihah dan watak-watak yang ada di dalam buku ini.

Bagi Secondhand Novel, beliau terfikir ianya adalah penulis sendiri - monolog dari fikiran penulis dan kesedaran penulis tentang sesuatu perkara. (Apa pendapat kalian yang sudah menbacanya?).

2- Pada muka surat 212, di sinilah perdebatan yang sedikit hangat berlaku antara saya dan Pak Web, sehingga mengundang sedikit gegaran di pentas Galeri Ilmu, mujur tak runtuh...wahahhahaha. Jawapan Pak Web memang tak bole blah..sabar ajelah. Dia kata ini adalah salah satu teknik penceritaan, saya suka teknik penceritaan tersebut. Memang rasa nak sekeh-sekeh je Pak Web bila memberi jawapan sedemikian.

Saya seorang yang direct tapi suka berfikir, megkaji dan merumus. Tapi bila Pak Web mengetengahkan teknik penceritaan sebegini, mengundang sedikit kekeliruan dan rasa nak marah je bila baca. Muka surat ini Pak Web memperkenalkan watak Ares Marx iaitu seorang ajen Zionis dari Tel Aviv, Israel.

3- Yang ini adalah kenyataan saya berkenaan dengan persamaan penceritaan Pak Web dengan isu MH370 yang sedang berlaku sekarang ini. Isu ini saya ketengahkan sewaktu di dalam train balik dari PWTC. Penceritaan Pak Web di dalam ini, telah membuatkan minda saya berpusing dan berputar untuk saling mengaitkan peperangan yang berlaku di masa hadapan, iaitu perang armagedon itu telah berlaku serpihannya di masa kini.

Kemunculan Dajjal, konspirasi-konspirasi yang diatur sehingga berlakunya peperangan, fitnah-fitnah yang disebar, spekulasi yang timbul semuanya adalah menuju kepada isu dunia akhir zaman yang melibatkan fitnah Dajjal. Dunia kita sudah semakin tenat, kiamat semakin hampir.

Buku ini masih lagi mengundang banyak persoalan sekiranya kalian membacanya. Menurut penulis sendiri beliau memang sengaja menampilkan persoalan-persoalan tersebut untuk melihat reaksi pembaca sama ada buku ini perlu disambung atau tidak. Bagiku, buku ini MEMANG PERLU disambung.

Aku inginkan cheese cake yang lebih lazat lagi. chayok-chayok Pak Web. 5* (bintang daripada 5). Aku mencari-cari makna ghazi. Setelah bertanya pada kakak aku yang sedikit fasih berbahasa Arab, ghazi membawa maksud ‘pejuang berni mati’. Subhanallah, masya-Allah!

** Ulasan dan kritikan Cikpuan Shimah Basri, pelajar IPTS.

Aku Berkonspirasi (kerana AS dan Israel juga buat konspirasi) | Al-Qaeda sebenarnya tidak wujud. Ia sekadar nama untuk memberi lesen agung kepada blok kuffar menyerang kumpulan Islam yang membenci politik Rumah Putih yang bernafsu besar agar tidak wujud kuasa Islam di dunia.

Bagi mereka sebarang kebangkitan Islam wajib dihapuskan kerana ia adalah 'teroris', tanpa mengira di belah dunia mana pun. Justeru, serangan di Afghanistan, Iraq, Syria dan campur tangan di Mesir adalah agenda Armagedon mereka.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger