50 Sup Champion Resipi Rasulullah: Kisah motivasi Rasulullah


JUARA yang memiliki wawasan teragung dan banyak mewariskan resipi kehidupan kepada umat manusia ialah Nabi Muhammad. Hal ini kerana umat manusia sebelum ini belum pernah memiliki seorang contoh terbaik sehinggalah baginda dilahirkan didunia ini.

Wawasan yang dibawa oleh lelaki bernama Muhammad itu adalah sebuah ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Bahkan ajaran yang dibawa baginda menerusi perilaku peribadi pesuruh Allah itu menjadi petunjuk kepada umat Islam selepas kitab suci al-Quran.

Sehubungan itu, Must Read Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah karya berjudul, 50 Sup Champion Resipi Rasulullah bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pembaca daripada contoh-contoh penuh tersirat berdasarkan kisah Rasulullah sebagai perangsang dan motivasi kepada masyarakat.

Buku setebal 302 muka surat itu juga menyentuh topik dengan berdasarkan interaksi Nabi Muhammad bersama para isteri dan sahabat serta diselitkan contoh tauladan baik dalam pelbagai sudut sama ada daripada segi sosial, ekonomi dan sebagainya.

Penulis Hizamnuddin Awang dilihat mengangkat Rasulullah sebagai contoh yang wajar diikuti oleh umat Islam memandangkan masyarakat kini dilihat menjadikan artis dan ahli sukan sebagai idola dalam kehidupan mereka.

Menurut penulis, herba mujarab untuk mengubati kesihatan minda manusia adalah motivasi dan kata-kata perangsang. Oleh demikian, kata-kata hikmah Rasulullah menerusi hadisnya adalah satu jalan terbaik untuk menuju ke arah itu. Wawasan al-Quran adalah menuju akhirat dan kejayaan di dunia yang antara lain bermaksud kehidupan manusia mesti seimbang antara dua perkara itu.

Buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah sesuai dibaca oleh setiap lapisan termasuk para peniaga, usahawan dan generasi muda yang ingin memulakan perniagaan dan karier mereka dalam dunia penuh cabaran. Bab kesembilan buku itu turut mengajak manusia untuk tidak menjadi golongan gagal kerana ia bakal merugikan kehidupan mereka.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah di pasaran dengan harga RM24.90 (semenanjung Malaysia) atau RM27.90 (Sabah dan Sarawak). Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Must Read Sdn. Bhd., No. 33, Jalan SBC6, Taman Batu Caves, Selangor atau hubungi nombor telefon 03-6187 1611.

** Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR (Sumber original).

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger