Petaka Armagedon: Polisi kuffar di Iraq dan Timur Tengah (2)



Justeru, melihat dengan lebih dekat polisi dan pendekatan itu akan memberi gambaran jelas akan kemelut di Iraq dan onar semasa AS. Objektif menakluk dan menjarah bumi umat Islam tetap kekal, dengan Israel menjadi anak emas Rumah Putih.

Pentadbiran Reagan

Sepanjang tahun 1980-an, AS bergantung kepada kuasa tempatan sebagai pengganti penguatkuasa yang melaksanakan Polisi Teluk Parsi mereka.  Contoh terbaik ialah seperti mana yang AS lakukan dengan Shah Iran sebelum revolusi 1979.

Semasa perang Iran-Iraq, pentadbiran Reagan dan wakil khas Timur Tengah, Donald Rumsfield memejam mata terhadap pembangunan senjata kimia Iraq dan menyokong Saddam Hussein untuk bertindak sebagai benteng menentang Iran. Mereka menyokong Iraq dengan maklumat risikan yang diperoleh melalui penggunakan imej satelit dan  membantu pindahkan keseimbangan kuasa di rantau itu. Ini dibuat kerana Iran diambang memiliki kelebihan strategik utama dengan mengeksploitasi kelemahan  pertahanan Iraq.

Ronald Reagan menandatangani perintah rahsia yang memberi kuasa kepada pentadbiran untuk berbuat “apa sahaja yang diperlukan dan sah” untuk menghalang Iraq kalah perang, termasuk penggunaan senjata massa. Ia terbongkar pada tahun 1994 - pihak Kongres AS mendapati puluhan senjata biologi dan kimia telah dikirim ke Iraq oleh syarikat-syarikat AS di bawah lesen yang diberi oleh jabatan kewangan.

Antara lain, hasil perintah rahsia Reagan menyebabkan pada tahun 1988, syarikat Dow Chemical menjual racun perosak berjumlah USD1.5 juta kepada Iraq walaupun mereka tahu Iraq akan gunakannya untuk senjata kimia. Justeru demikian gaya AS yang digunakan, yakni lepas tangan dengan mendanai dan mendokong Saddam Hussein bagi hasilkan keseimbangan kuasa wilayah itu di antara Iraq dan Iran.

Pentadbiran Bush dan Clinton

Selepas Perang Dingin, pentadbiran Bush terus laksanakan objektif dasar luar serupa yang direka untuk mendapatkan minyak Timur Tengah dan memastikan kemakmuran Israel. AS tanpa malu melantik dirinya sebagai pelindung rantau Teluk atau ‘polis dunia’. Kapal perang AS meronda perairan timur Suez, pesawat perangnya tidak lekang lakukan penerbangan pengawasan ke atas Iraq dan tenteranya kekal ditempatkan di rantau itu.

Ini adalah sebahagian daripada “Polisi Pembendungan Berganda”, bertujuan untuk asingkan kedua-dua Iraq dan Iran menggunakan sekatan ekonomi dan sekatan yang sederhana lainnya. Konco-konco terdekat Bush melihat Iran sebagai kuasa yang menggugat kestabilan di rantau ini. Justeru mereka menghalang kemampuan Iran untuk bangunkan tenteranya dengan menguatkuasakan sekatan ekonomi agar pendapatan negara jatuh. Kerajaan AS melarang keras syarikat-syarikat negaranya menjalin hubungan perdagangan dan pelaburan di Iran.

Tatkala cita-cita Saddam Hussein meningkat, bekas sekutu AS kini adalah ancaman kepada rantau Teluk. Jadi pentadbiran Bush berkeras mengekalkan sekatan ekonomi bagi lumpuhkan upaya dagangan dan sehingga Iraq disifatkan mematuhi Resolusi Keselamatan PBB 687. Resolusi itu ditata untuk memusnahkan keseluruhan senjata senjata kimia dan biologi Iraq, serta peluru berpandu yang mampu membawa senjata itu.

Semasa pentadbiran Clinton pula, pendekatan Bush berterusan. Keengganan Saddam Hussein mematuhi resolusi PBB memang ditunggu-tunggu oleh AS. Lalu cop sebagai polis dunia memberi kebenaran kempen pengeboman sungguh-sungguh selama tiga hari yang diketuai oleh satu gabungan AS-British. Tujuan politik ialah untuk lemahkan rejim Iraq dan menggulingkan Saddam Hussein. Oleh itu gaya yang digunakan oleh pentadbiran Bush dan Clinton adalah polisi "hands-on" dengan memperkuda institusi ketenteraan dan politik untuk mencapai matlamat dasar luarnya di Teluk.

** Akan bersambung, insya-Allah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger