Ujian Allah dalam kasih sayang dan lindungan-Nya (2)


Malam tadi (9 Sept. 2014) sekitar jam 10.00 malam, seorang Sarjan dan jurufoto polis dari Balai Polis Ampang Jaya datang membuat siasatan atas kes masuk dan mencuri (merompak) yang isteri saya laporkan. Dari bualan saya bersama Sarjan itu, nyata kes pecah masuk dan merompak rumah-rumah sekitar Ampang, Selangor banyak berlaku.

Sempat juga 'menjual' hasil tulisan saya sambil menunjukkan beberapa judul novel. Sarjan bertanya beberapa soalan berkenaan dunia penulisan yang saya ceburi. Nampak dia teruja.

Dari satu sudut, saya ucapkan terima kasih kepada pejabat Balai Polis Ampang Jaya kerana bertindak atas aduan. Namun, terfikir sejenak. Adakah kejadian jenayah yang meningkat ini ada penyelesaian? Terfikir hukum hudud, qisas dan takzir.

Kisahnya di sini.

Allah belaka.

** Foto: Bahagian yang dimasuki si perompak pada pagi 9 September. Ada tanda bekas mengesan cap jari di cermin tingkap dapur oleh polis.

@@@@@@@


Insya-Allah, sudikan mampir ke kedai buku MPH One Utama, Petaling Jaya untuk sesi bedah dan sembang buku, 20 Sept. 2014. Sesi saya untuk novel Nakhoda Agung seperti tertera di poster.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger