Manusia
Mukmin yang diberikan pemahaman agama Islam menulis dalam sahifah-sahifah.
Bahawa catatan sejarah dalam banyak kitab-Nya bukan perkara main-main untuk
sekadar memintal angan-angan dalam lena dan mimpi. Allah bercerita dalam
kitab-kitab yang diturunkan kepada para Rasul demi untuk ditelaah, demi untuk
kebaikan setiap makhluk-Nya.
Kisah
masa lampau yang tersirat dan tersurat di dalam al Quran, antara lain, demi
menyempurnakan kitab-kitab suci sebelumnya.
Justeru
ayat al-Quran mula diwahyukan kepada Nabi Muhammad (SAW) dengan iqra. Ia bukan
sekadar perintah membaca, bahkan ia perintah menelaah, mentadabbur dan
mengambil ibrah dari kisah sejarah sama ada yang sudah berlaku, sedang ataupun
akan datang.
Membaca
dan meneliti sejarah dalam al-Quran bererti kamu sedang memahami ilmu
pengetahuan anugerah Allah. Ia antara lain bercerita tentang kelalaian dan
kesalahan umat-umat terdahulu, demi membentuk acuan di masa depan, agar jangan
dibuat perkara seumpama itu andai ingin selamat di dunia dan akhirat.
Kita
perlu bahkan amat perlu sentiasa belajar dari sejarah kerana ia memberi ingatan
akan kesalahan yang pernah diperbuat oleh umat manusia.
* Web Sutera - Melakar kisah untuk ibrah, agar
diri terarah. Bukan sekadar cerita.
>> Saya Web Sutera,
seorang novelis dan penulis yang sudah menghasilkan 34 buah karya yang
dibukukan, bergerak aktif menulis semenjak tahun 2010.
Bersama saya beberapa judul karya yang ada stok.
Andai sudi atau mahu berkenalan, saya berbesar hati andainya tuan/cikpuan dapat
memiliki karya-karya saya itu. Setiap buku akan ditandatangan. Hubungi saya ya,
melalui Facebook
atau di sini. Ada pakej atau kombo menarik dengan diskaun hebat. Insya-Allah benda boleh bincang.
0 comments:
Post a Comment