skip to main |
skip to sidebar
Susulan dari pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dalam blognya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat syarikat perunding imej Israel dalam usaha pemulihan imej PM yang sudah tercemar, maka isu ini berterusan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula mengatakan Zionisasi dalam jentera kerajaan termasuk kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu.
Isu keganasan dan sikap terroris Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin wajib dipandang dari segenap sudut. Justeru itu, tindakan kerajaan UMNO/BN dengan menggunakan perkhidmatan yang melibatkan perisik Israel wajib ditentang!
Ikuti kenyataan saudara Mahfuz Omar lagi di bawah. Ini bukan perkara main-main lagi. Saya tidak nampak pihak pembangkang dan Pakatan Rakyat sengaja memainkan isu ini untuk sebarang kepentingan peribadi. Negara haram Israel dan pertubuhan Zionis Yahudi bukan khayalan. Ianya maha benar dan mereka semua adalah terroris dunia dan Islam.
Baca penuh di sini.
Pelbagai bidang dalam sains dan teknologi, termasuk bioteknologi dan teknologi komunikasi maklumat (ICT), merupakan satu wahana pemudah cara dalam menjalani semua ruang lingkup kehidupan manusia.
Diakui sejak dahulu, lebih-lebih lagi dalam sudut pandangan Islam, bahawa sains dan teknologi (S & T) telah dan akan terus membawa natijah kebaikan dan keburukan. Namun sebagai manusia bertamadun, setiap seorang dari kita dikurniakan akal fikiran untuk memilih. Justru, S & T amat ditekankan oleh Islam dan mesti diterokai dan digunakan selagi umat Islam sedar akan batas sempadan yang telah digariskan oleh Islam.
S & T mewakilkan pengetahuan dan pembelajaran. Usaha mendapatkan pengetahuan adalah sebahagian dari seruan Islam, dengan dibuktikan oleh penemuan dan kemajuan ilmu yang telah dirakamkan sejarah oleh para ahli sains Islam pada zaman awal Islam.
Muat turun artikel penuh di sini.
*Rencana ini pernah diterbitkan dalam Dewan Agama & Falsafah, Dewan Bahasa & Pustaka.
Saudara yang budiman, pengalaman saya dalam bisnes katering ingin dikongsi. Beberapa cerita sudah saya tulis untuk bacaan dan kritikan tuan dan puan dalam format PDF.
Sila muat turun di sini dan di sini beberapa cerita saya, termasuk kisah tokey sate. yang berjaya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti katering yang lepas, sila rujuk di sini, insyaAllah.
(Gambar: Ikan bakar di salah satu sesi katering saya)
Assalamualaikum sahabat, saudara, tuan dan puan. Selamat berhujung minggu. Antara bacaan saya ialah beberapa buku dalam bentuk ebuku (ebook). Salah satu ebuku yang telah dan masih lagi dibaca ialah berjudul Detik-Detik Hidupku - Hasan Al-Banna.
Kandungan buku ini asalnya disediakan oleh Lajnah IT, Dewan Pemuda PAS Johor. Sudah lama saya muat turun buku dalam format PDF ini. Saya berterusan membacanya dari masa ke semasa. InsyaAllah, isinya amat menarik dan sangat sesuai untuk kita telusuri. Antara kandungannya ialah pahit-maung pejuangan mujahid ini dalam menerajui gerakan reformasi bagi melaksanakan Islam di Mesir di tengah-tengah menularnya budaya Barat di sana.
Imam Hasan al-Banna (foto) adalah seorang yang benar-benar beriman. Allah telah melimpahkan berkat kasihNya kepada Hasan al-Banna. Beliau telah menunjukkan arah pejuangan kepada para sahabatnya semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Ketika itu, perjuangan Ikhwanul Muslimin masih di peringkat awal dan belum lagi melalui ujian dan cabaran yang hebat.
Terdapat beberapa kesalahan menaip (typo error) dan ejaan dalam ebuku ini, namun boleh dimaafkan.
InsyaAllah, saudara boleh muat turun dari sini.
Berkaitan: Ebook percuma mengenai katering dan cerita tokey sate - Bhgn 1
Akhbar mStar Online melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas tindakan anggota parti pembangkang yang “sengaja mensensasikan sesuatu kes untuk kepentingan sendiri seperti kes seorang wanita yang mendakwa ditembak polis pada Oktober tahun lepas.”
"Kalau salah tetap salah dan kita akan ambil tindakan. Cuma dalam nak memberi pembelaan jangan mengaburi mata orang ramai seolah-olah semua yang polis buat semuanya salah, semuanya penyalahgunaan kuasa.
"Kita tak akan lari daripada tanggungjawab kita untuk memastikan mereka yang tidak berdosa mendapat pembelaan. Saya harap orang ramai akan dapat menilai sendiri ketandusan idea dan ketandusan isu (pembangkang) dengan mensensasikan sesuatu perkara untuk kepentingan diri mereka sendiri," dakwa menteri itu.
Norizan Salleh, 30, mendakwa ditembak sebanyak lima kali oleh polis ketika menaiki sebuah kereta bersama tiga orang rakannya serta turut ditendang dan dipijak selepas diheret keluar dari kereta itu, dalam satu kejadian di Kuala Lumpur.
Hishammuddin dipetik sebagai berkata, “seperti dalam kes yang mendakwa gadis itu ditembak..tetapi aspek lain kejadian itu tidak didedahkan, kapak (dijumpai dalam kereta) dan kereta itu dicuri.”
"Kenapa tidak disebut kereta itu dilaporkan hilang, dalam kereta itu polis jumpa parang, kapak, pisau, pemutar skru dan nombor plat kereta palsu dan tombol kunci yang telah diubah suai?" katanya menjawab pertanyaan Chua Tian Chang (PKR-Batu) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang menyatakan polis bertindak tidak adil dalam kes itu.
Anggapan aku tetap mengatakan tindakan polis tidak beretika dan melebih-lebih. Mari dengar apa kata peguam Norizan dan mangsa sendiri.
Berkaitan: Polis tembak, tendang hingga patah tulang rusuk – Norizan
Mangsa tembakan polis, Norizan Salleh hari ini (1 April 2010) mengunjungi sidang Dewan Rakyat bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein.
Ia berikutan beliau tidak mendapat sebarang jawapan daripada kerajaan selepas beberapa memorandum sama diserahkan sejak Januari lalu.
"Saya datang untuk mengetahui kenapa saya ditembak pada malam tersebut. Sampai sekarang saya tidak tahu apa sebabnya. Saya sangat terkejut dengan peristiwa itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, masing-masing satu memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Februari dan Suhakam 11 Februari lalu.
Norizan (foto) kemudian cuba menyerahkan memorandum itu kepada Hishamudin pada 25 Februari lalu di pejabat KDN, Putrajaya tetapi gagal.
Pada 30 Oktober 2009, Norizan ketika berada dalam kereta ditembak dan ditendang sehingga patah tulang rusuk ketika merangkak keluar dari kereta, dengan darah mengalir dari tubuhnya.
P/s: Jika rakyat Malaysia kata POLIS JAHAT, engkau orang marah! Engkau orang gertak! Apahal? Memang POLIS JAHAT!
Berkaitan: Sudahlah kena tembak, memorandum pun tak mahu diterima!?
Ketua Polis Negara jahat, Peguam Negara jahat! - Nurul Izzah
Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger