Tiada istilah lain selain BANGANG untuk Menteri Nazri

3 Jamadilawal 1432H - Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal. Ini kerana beliau menafikan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang ‘bukan pakar’ untuk mengenali susuk tubuh Ketua Pembangkang itu yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.

“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui.


Datuk Seri Dr. Wan Azizah dipetik sebagai berkata menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.


Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menempelak tindakan menteri BN itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana dengan mudah mengenepikan hujah isteri Anwar berhubung penafian tersebut.


"Saya ingin bertanyakan kepada Nazri, kalau pengakuan seorang isteri mengenai susuk badan dalam video itu bukan suaminya, dari siapa lagi kita ingin percaya?" soalnya.


Dalam pada itu, Khalil yang juga Adun Titi Serong membidas ungkapan Nazri yang mengatakan “Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu” sebagai hujah yang tidak boleh diterima langsung dan ini merupakan satu lagi hujah untuk melindungi individu tertentu yang merancang video fitnah itu.


“Umno-BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa video tersebut merupakan satu lagi tindakan desperado Umno-BN untuk menipu rakyat Sarawak dengan harapan Pakatan Rakyat ditolak dan bagi memenangi hati rakyat di negeri tersebut untuk memperoleh kemenangan pada 16 April nanti.

“Sebagai rakyat Sarawak yang bijak, seharusnya perkara ini dipandang serius dengan menolak BN dan seluruh komponennya pada pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.


“Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan negara yang tercinta ini,” katanya.

--- Laporan dari Harakahdaily.

Berkaitan:
Nazri: Azizah tak layak kenalpasti lelaki video seks

P/s: Tajuk 'Tiada istilah lain selain BANGANG untuk Menteri Nazri' di atas bukan dari kata-kata
Drs. Khalil Idham Lim, tetapi dari saya pemilik blog ini :-) .

Catatan hujung: Kita berserah diri kepada Allah

2 Jamadilawal 1432H - Seorang sahabat menulis status di wall Facebook, “Bila kita berserah diri kepada Allah, betapa kita jatuh, kita akan bangkit semula dengan kekuatan baru.”

Saya membalasnya, “Benar, Abang Long. Saya juga pernah alami.”


Sahabat saya itu membalas kembali, “Satu ketika saya merasakan diri ini hampir mati. Tetapi kehadiran Tuan Web, telah menaikkan kembali semangat saya. Terima Kasih, semoga Allah sahaja yang membalas jasa Tuan Web.


Saya hanya menyingkapi budaya ziarah dan saling merasa sesama sahabat seIslam. Subhanallah, Alhamdulillah, ALLAHU AKHBAR!

Berkaitan:
Kebodohan dan ketololan mereka telah membutakan mata hati
Untuk sahabatku, Abang Long


Buat Duit dengan Katering 200 Top Seller

2 Jamadilawal 1432H - Senarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011

Buku Buat Duit dengan Katering nombor 70. Klik link di atas bagi melihat senarai penuh.

Walaupun buku ini adalah sebuah ujana berkaitan bisnes katering yang bertujuan memberi panduan kepada bakal usahawan katering, namun tidaklah ianya mengandungi ayat-ayat yang susah untuk ditaakul. Ia tidak mengandungi jargon bisnes dan usahawan yang sukar difahami. Kaedah penulisan saya ialah teknik bercerita atau pun boleh dikatakan teknik penulisan novel.

Saya mencurahkan segala pengalaman seharian dalam membangun dan menjalankan bisnes katering yang sudah memasuki tahun keenam. Buku ini bukan sahaja sebagai panduan menceburi bisnes katering daripada pengalaman meraduk gelombang yang menghempas, malah ianya juga diisi dengan kisah-kisah benar.

Berkaitan: Saya suka Buku Jingga!
Testimoni buku Buat Duit dengan Katering oleh Tuan MBA

Biodata penulis buku Buat Duit dengan Katering

Buku Buat Duit dengan Katering: Berdasarkan pengalaman sebenar

Buku Buat Duit dengan Katering terjual 1,096 pada Mac 2011


*** We provide catering services for the following; courses, training and seminar, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Video Seks: Pendedahan cemarkan politik nilai Malaysia

1 Jamadilawal 1432H - Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia.

Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi di kalangan sebahagian rakyat.

Tindakan menayangkan dan membiarkan penyebarannya juga bermakna menghukum bersalah terhadap seseorang sebelum keputusan hukuman mahkamah.

MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia.

-- Oleh Mustaffa Kamil Ayub, Presiden MAP.


P/s: Terima kasih UMNO, tahniah khas untuk Ketua Polis Negara, terima kasih untuk semua polis yang jahat. Kalian semua semakin membuka pekong yang TERAMAT BUSUK!

Saya doakan semoga Utusan Malaysia akan hancur luluh menerima murka ALLAH dan semua orang besarnya akan ditimpa laknat ALLAH. Amin ya Allah ya Rabbal 'Alamin.

Soal seks tidak taboo, tetapi konspirasi itu MAHA BUSUK!!

30 Rabiulakhir 1432H - Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas
menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar. Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:


(1) Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani
mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

(2) Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga
yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

(3) Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri
ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

(4) Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

(
5) Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia. (Baca di sini)

(6) Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?


Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang
merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai Buku Jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.


--- Oleh Nik Nazmi bin Nik Ahmad
, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.


P/s: Soal seks bukan taboo. Yang taboo dan MAHA BUSUK ialah memfitnah orang dengan kononnya ada skandal seks. Dari sehari ke sehari konspirasi semakin terkuak. Maka maha benarlah kata-kata Allah.

Kini sudah ada video yang dikonspirasikan itu dalam You Tube. Tuan dan puan carilah sendiri.

Berkaitan:
Konspirasi video seks: Pertembungan fakta dan pembabitan pimpinan UMNO
Kebodohan dan ketololan mereka telah membutakan mata hati

Tahan OKU dalam ISA: BN sudah terlalu angkuh – Wan Azizah

30 Rabiulakhir 1432H - Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa bicara, tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan saudara Kadir Hashim yang juga seorang OKU (orang kelainan upaya) di bawah Akta Keselamatan (ISA).

Ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan BN sudah terlalu angkuh. Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa bicara tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan saudara Kadir Hashim yang juga seorang OKU (orang kelainan upaya) di bawah Akta Keselamatan (ISA). Ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan BN sudah terlalu angkuh. Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Cambodia. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri. Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan.

KEADILAN dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia. Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir.

Maka, KEADILAN dengan ini terus mendesak supaya akta zalim ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. KEADILAN sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan.

Selamatkan Malaysia!

--- Dr. Wan Azizah bt. Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

** We provide catering services for the following; courses, training and seminar, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Amerika Syarikat double-standard terhadap Libya

29 Rabiulakhir 1432H - Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) mendesak agar Regim Pemerintah Amerika dan sekutunya Britain, Perancis, Belanda dan Sepanyol segera menghentikan serangan terhadap rakyat Libya.

Walaupun bersandarkan resolusi PBB bagi menyelamatkan nyawa orang awam dari serangan tentera Muammar Gadafi, namun hakikatnya serangan udara Amerika telah mengorbankan ramai orang awam termasuk kanak-kanak.


MAP yakin Turki dan didokong oleh OIC, Liga Arab, China, Rusia, Brazil dan beberapa negara lain mampu menjadi orang tengah membabitkan pihak Gadafi, pejuang demokrasi, dan pihak-pihak yang terbabit dalam krisis Libya kemeja rundingan.


MAP kesal dengan tindakan "double-standard" Amerika dan sekutunya yang cukup bertegas dalam krisis Libya tetapi tidak dalam krisis Bahrin, Yamen dan beberapa negara Asia Barat lain yang regimnya merupakan sekutu kuat Amerika.


MAP juga curiga dengan kesungguhan Amerika terbabit dalam konflik Libya yang kelihatannya lebih menjurus ke arah penguasaan sumber minyak dan gas di Libya. Inilah yang berlaku dalam penjajahan Amerika terhadap Iraq, dengan alasan Senjata Pemusnah Mega (WMD) yang kononnya dimiliki Saddam.

MAP juga menyeru agar pihak Gadafi sedia kemeja rundingan bagi menyelesaikan krisis yang ada dan tidak membiarkan keadaan dieksploitasi oleh regim pemerintah Amerika Syarikat.


-- Kenyataan akhbar Mustaffa Kamil Ayub, Presiden MAP.

Berita terkini seperti dilaporkan oleh al-Jazeera ialah:

"US and Egyptian special forces have reportedly been offering covert armed training to rebel fighters in the battle for Libya, Al Jazeera has been told.

An unnamed rebel source related how he had undergone training in military techniques at a "secret facility" in eastern Libya."

28 Rabiulakhir 1432H - I refer to the Malaysian Insider article dated today (30 March 2011) entitled “Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand trips”.

As legal counsel to Datuk Seri Anwar Ibrahim, I wish to warn Datuk Shazryl Eskay Abdullah that he should cease his foolish and childish rants about Anwar’s travels in Thailand or anywhere for that matter in the world.


No sensible person would deem it necessary to answer the sort of questions that Eskay is posturing with pretended bravado. Accordingly Datuk Seri Anwar has been advised not to respond to Eskay’s foolishness.


If Eskay has any specific accusations to make, then he should make them and meet the consequences, legal and otherwise.


Eskay seems to have the benefit of BN conferred immunity from criminal prosecution despite having openly committed the criminal offence of being in possession of an obscene video and also publicly screening it.


However any specific accusation that he chooses to make instead of these foolish vacuous questions will be met with the appropriate and stern legal riposte.


--- Statement by Sivarasa Rasiah, KEADILAN Poliltical Bureau Member, and also Member of Parliament for Subang, Selangor.

Video seks: Umno yang tutup mulut mufti

KUALA LUMPUR, 27 Rabiulakhir 1432H - Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Katanya, ia terbukti apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (foto) mendedahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang tidak mengeluarkan padangannya berhubung isu pendedahan video seks tersebut.

"Kalau begitu nampak sangat Umno dan medianya (Utusan) ada agenda sendiri.

"Pandangan yang menyebelahi pembangkang mereka tak siar, yang menghentam pembangkang mereka siar," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

"Nampak sangat mereka mempergunakan mufti untuk kepentingan politik," tambahnya lagi.

Harussani seperti dilapor The Malaysian Indsider semalam mendakwa beliau telah mengeluarkan pandangan kepada Utusan bahawa pendedahan video itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh ia belum dibuktikan kebenarannya.

Namun kenyataannya itu dipotong sebahagiannya dan tidak disiarkan penuh oleh akhbar Umno itu.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.

Mufti Perak itu turut mengakui rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak khususnya Pakatan Rakyat mendesak para mufti menyatakan pandangan berhubung isu video seks terbabit termasuk pandangan dari Harussani.

Ia kerana, beliau sering dilihat hanya mengeluarkan pandangan yang mengiyakan tindakan parti pemerintah dalam beberapa isu kontroversi.

Ianya termasuk isu perletakan ancak tiang seri oleh Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Zambry Kadir dan beberapa kali serangannya terhadap pandangan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya dalam isu 'Undi PAS masuk Syurga'.

Cabar Utusan, RTM, TV3 siar kenyataan

Dalam pada itu, Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas kenyataan itu turut memuji keberanian Harussani menyatakan pendiriannya dalam isu video seks tersebut.

Katanya, ternyata yang menjadi penghalang hukum sebenar dijelaskan kepada rakyat adalah Umno dan media mereka.

"Saya cabar RTM, TV3 dan akhbar media perdana lain turut siarkan kenyataan dan pandangan Mufti Perak ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Walaubagaimanapun beliau juga menggesa Harussani agar menyatakan pandangan berhubung isu-isu lain termasuk hukum rampasan kuasa oleh BN Perak dan hukum larangan premis judi di Kelantan yang dipolitikkan oleh pemimpin Umno BN.

-- Laporan oleh
Nazri Abdullah, Harakahdaily.

Apakah Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010?

27 Rabiulakhir 1432H - Malaysiakini melaporkan bahawa DUN Selangor mencatat sejarah hari ini sebagai dewan perwakilan pertama yang meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (2010). Rang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali ketiga hari ini oleh exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Selangor Elizabeth Wong (foto).

Cadangan rang undang-undang itu disokong oleh ADUN Sri Andalas Xavier Jeyakumar dan diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.

Dalam ucapannya, Elizabeth antara lainnya berkata enakmen baru itu merupakan hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka dalam memilih Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Katanya lagi, rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan. (Sumber: Malaysiakini)


Maklumat di bawah saya ambil dari portal SelangorKini Online.


Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010


Apa itu kebebasan maklumat?


Undang-undang kebebasan maklumat menetapkan peraturan dalam pemerolehan maklumat yang dipegang oleh badan-badan kerajaan. Undang-undang ini menjelaskan proses perundangan yang mewajibkan maklumat kerajaan dibuka kepada orang awam.


Tujuannya untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah. Lebih dari 70 negara di dunia, termasuk negara China, India dan negara Thai telah melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat, dan banyak lagi dalam proses untuk berbuat demikian. Malaysia merupakan antara negara terakhir yang masih belum memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat.


Apakah Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010?


Enakmen ini bertujuan untuk “mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam, untuk memberi kepada setiap individu peluang untuk akses kepada maklumat yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri.” Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini. Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk.


Bagaimanakah permohonan untuk maklumat dibuat?


Setiap jabatan kerajaan akan melantik seorang Pegawai Maklumat yang berfungsi sebagai perantara jabatan dengan orang awam dalam permohonan maklumat. Permohonan perlu dituju kepada Pegawai Maklumat yang berkenaan, dan maklumbalas wajib diberi dalam masa 30 hari ataupun 7 hari dalam kes-kes kecemasan. Sebab dan tujuan mendapatkan maklumat perlu dinyatakan dan bayaran fi yang munasabah mungkin dikenakan.


Adakah maklumat peribadi dilindungi di bawah rang undang-undang yang dicadangkan?


Maklumat peribadi orang perseorangan pihak ketiga memang dilindungi. Sesuatu jabatan berhak menolak permohonan maklumat peribadi pihak ketiga seperti alamat rumah, maklumat yang boleh menyebabkan satu tindakan pecah kerahsiaan yang boleh didakwa, dan rahsia-rahsia perniagaan. Walau bagaimanapun, pengecualian akan dibuat jika pihak ketiga memberi kebenaran.


Bolehkah orang kurang upaya (OKU) ataupun mereka yang buta huruf membuat permohonan?


Ya. Permohonan secara lisan boleh dibuat oleh mereka yang tidak dapat memohon secara bertulis.


Apakah had terhadap maklumat yang dapat diperolehi?


Jika maklumat yang dipohon tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, seperti OSA, maka akses kepada maklumat tersebut juga akan tertakluk kepada undang-undang yang sama. Walau bagaimanapun, kebanyakan maklumat kerajaan tidak tertakluk di bawah OSA. Rang undang-undang ini memudahkan akses kepada maklumat yang tidak menjejaskan operasi Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Permohonan boleh ditolak jika pemohon didapati tidak berhak memperolehi maklumat tersebut, maklumat tersebut tidak wujud ataupun berada di luar bidangkuasa jabatan. Permohonan yang menyusahkan, tidak munasabah atau berulang juga boleh ditolak.


Bolehkah rayuan dibuat ke atas penolakkan permohonan?


Ya. Satu Lembaga Rayuan yang terdiri dari bekas hakim, dan/atau peguamcara dan peguambela yang mempunyai pengalaman yang berkaitan akan ditubuhkan. Rayuan mesti dibuat dalam tempoh 21 hari selepas tarikh penerimaan keputusan.

Masih boleh amalkan poco-poco - Dr. Mashitah

27 Rabiulakhir 1432H - Orang itu kata haram, dia pula kata boleh. Huh! Dia buat hal lagi!! Klik gambar untuk besarkan.

Pandangan dia ini aku tidak respek langsung. Namun pendapat Dr. Mohd Asri Zainul Abidin aku respek.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger