Percuma ebuku DIARI MAT KATERER

Ini foto buku fizikal DIARI MAT KATERER. Ada dua buah sahaja dalam pasaran setakat ini - pada saya dan bos Tukang Cetak Zine.

Alhamdulillah, seramai 100 orang sudah saya hantar versi ebuku karya ini melalui e-mel. Beberapa respons diterima menyatakan telah menerimanya dan sedang dibaca. Terima kasih di atas kesudian tuan dan cikpuan menerima buah tangan percuma ini. Manfaat jua saya doakan.

Untuk makluman, buku pertama berkaitan catatan pengalaman sebenar urusan bisnes katering saya muatkan dalam buku panduan bisnes BUAT DUIT DENGAN KATERING yang diterbitkan pada tahun 2011. Justeru itu juga, sebahagian kecil kandungan ebuku DIARI MAT KATERER saya olah kembali dari buku BUAT DUIT DENGAN KATERING, buku terlaris pertama saya dalam pasaran diterbtikan oleh PTS.

Perbezaan ketara antara kedua-dua buku ini ialah, yang pertama sebagai panduan langkah demi langkah memulakan bisnes katering. Manakala buku kedua mengandungi catatan sebenar kisah harian seorang 'aku' sebagai Mat Katerer; cerita jatuh bangun dalam bisnes; kisah suka duka, dan pengalaman. 'Aku' dalam buku ini ialah saya - Web Sutera.

Dalam karya lebih 20,000 patah perkataan ini, antara lain catatan di bawah:

Menu tengah hari ini ialah nasi beriani beserta ayam masak merah, rendang daging, acar buah, popadum, buah limau dan sebotol air mineral/minuman (500ml). Makanan berbungkus ini saya sediakan dalam beg kertas yang menarik.

Mat Katerer dan cef mendapat ucapan terima kasih dan tahniah atas kejayaan menyediakan sajian sepanjang majlis berlangsung.

Puan Nazleen dari Kolej Komuniti Bukit Beruang, yang bertanggungjawab ke atas penyediaan makanan, berkata, “Saya berpuas hati dengan penyediaan katering saudara. Makanan berbungkus disediakan secara cantik dan menarik.”

Manakala selepas selesai majlis, di sesi fotografi, Tuan Badrul, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, sambil mengenggam erat tanganku, berkata, “Tahniah, tuan. Ia suatu kejayaan.”

Ucapan ribuan terima kasih khusus aku tujukan kepada sepuluh orang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang yang membantu cef dalam persiapan makan tengah hari untuk 1,000 tetamu tersebut.

Pelajar dari program perhotelan dan katering tersebut menunjukkan dedikasi sepenuhnya bersama cef tersayang. Walaupun aku lihat mereka kepenatan, namun wajah ceria dan gurau senda bersama cef bagaikan satu keluarga. Terima kasih dan tahniah atas dedikasi mereka.

Sepanjang di sana, dari lokasi penginapan dan memasak di Teluk Mas dan Seluk Gaung, aku ‘menjelajah’ ke bandar Melaka, Melaka Sentral, Cheng, Bukit Cina dan bandar Klebang.

** Untuk 100 orang lagi saya tawarkan PERCUMA ebuku ini. Mohon komen (di posting Facebook) bersama alamat e-mel tuan dan cikpuan. Ia sesuai dibaca sebagai contoh catatan kisah benar dari pengalaman kehidupan dalam bentuk bercerita.

Syarat & Terma:
- Dilarang sama sekali dijual semula atau digunakan untuk tujuan komersial.
- Boleh dikongsi, dipetik atau digunakan bukan bertujuan komersial. Tetapi wajib dikreditkan kepada pemegang hak cipta.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

SERVISKATERING | SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering. BLOGNYA DI SINI) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 9 tahun.

Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 500 pax), insya-Allah.

Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai, dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, Ampang dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.

Hubungi untuk pertanyaan dan tempahan melalui Facebook atau blog.

Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.

Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger